Posts Tagged ‘Rozaimi Abd Rahman’

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Penulis yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang meratapi kegagalan skuad Harimau Muda A untuk beraksi di kejohanan Piala Asia bawah 22 tahun yang dijadualkan berlangsung pada 2013. Apatah lagi dengan persembahan buruk di separuh masa pertama serta kelicikan pasukan Myanmar meletakkan pemain melebihi had umur, pastinya ia satu perkara yang tidak boleh diterima.

Namun, di sebalik kegagalan itu, penulis berasakan bahawa pasukan Harimau Muda A semakin dicemburui lawan kerana kerap menghasilkan pemain yang talented. Jika diimbas kembali pada Sukan Sea lepas kita telah menampilkan bakat baru iaitu Mohd Nazmi Faiz Mansur yang kini bakal beraksi di Beira Mar di Portugal. Penulis berpendapat bahawa kita kurang bernasib baik daam kejohanan ini. Kita selayaknya berhak untuk mendapat keputusan seri bertemu Korea Selatan di mana kita telah mendahului pada awal permainan sebelum kealpaan benteng menjadi punca kita tewas. Ketika ini muncul nama baru, Rozaimi Abd Rahman yang mencuri tumpuan dengan menjaringkan 10 gol sepanjang perlawana dengan 2 hat-trick berjaya dicatatkan oleh beliau. Kini beliau telah diintai oleh kelab gergasi Thailand untuk bermain di sana. 

Namun, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dalam skuad ini. Mereka masih lagi perlu untuk tidak cepat panik apabila diserang kerana kerap kali di perlawanan menentang Korea Selatan dan Myanmar, pemain pertahanan kerap kali off-position dan memberi ruang untuk mereka memasuki kawasan pertahanan Malaysia. Penulis berpendapat mungkin boleh diwujudkan pemain tengah bertahan dalam game plan Harimau Muda A selepas ini untuk mengawal back four sebelum ditembusi oleh pihak lawan. Calon sesuai setakat ini adalah Gary Steven Robbat yang mempunyai fizikal yang sesuai untuk posisi sedemikian, ditambah pula dengan ability to pass from deep & direct daripada Gary yang boleh diperbaiki selepas ini. Ataupun mungkin kita dapat lihat permata baru dalam posisi ini memandangkan Ong Kim Swee mempunyai ability untuk mengesan pemain2 berbakat untuk satu2 posisi. Mereka juga perlu cepat matang dan mempunyai mental dan keazaman yang lebih tinggi kerana kerap kali mereka cepat hilang punca di saat-saat genting atau perlawanan getir yang menentukan nasib pasukan. Penulis percaya itulah punca utama kegagalan Harimau Muda layak dan menang menentang Myanmar tempoh hari. Disaat semua rakyat Malaysia mengharapkan mereka layak, they failed to deliver. 

Disebalik kegagalan mereka untuk layak, timbul kontroversi apabila Myanmar didakwa menggunakan beberapa pemain lebih umur. Mereka telah dikecam hebat kerana tidak mengamalkan sikap fair play yang telah diterapkan oleh FIFA. Namun FAM tidak mengemukakan bantahan kepada AFC atas alasan mereka tiada bukti yang kukuh. Bukti yang dipamer oleh media didakwa FAM tidak cukup kuat serta tindakan ini bakal mengundang imej tidak baik. 

“FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN.” “Saya mungkin orang terakhir tidak menyokong bantahan ini tetapi pihak sekreteriat perlu berhati-hati supaya tiada implikasi yang akan menjejaskan imej dan kredibiliti FAM.” kata Azzuddin. (sumber daripada ESPNSTAR.MY)

Adakah ini respon yang wajar diberi oleh FAM? Adakah imej dan kredibiliti FAM lebih penting untuk dijaga? Bagaimana pula dengan slogan FIFA berkenaan Fair Play? Penulis berpendapat bahawa Myanmar tidak bersikap Fair Play kerana tidak mengikut regulations yang ditetapkan oleh FIFA & AFC. Dengan tidak mengemukakan bantahan, ia impliedly membawa maksud FAM MENYOKONG tindakan Myanmar yang tidak Fair Play ini. Ia bermaksud FAM lebih mementingkan imej mereka daripada menegakkan keadilan yang telah dicabuli oleh Myanmar, dan lebih MEMALUKAN apabila FAM TIDAK membuat bantahan yang melibatkan pasukan KITA. Penulis teringat di England apabila gol Frank Lampard tidak dikira apabila bola itu telah masuk pada perlawanan England v Germany World Cup 2010. Seluruh England TERMASUK FA ENGLAND mahukan goal line technology diperkenalkan. Hasilnya? Goal line technology akan diperkenalkan pada World Cup 2014 di Brazil.

Penulis teingat keratan akhbar Berita Harian yang menampilak kritikan daripada Prof Khoo Kay Kim yang mengatakan at least hantar surat bantahan terlebih dahulu. Biarlah AFC yang tentukan sama ada bantahan itu berjaya atau tidak dan bukti yang dilampirkan itu sahih atau tidak. Namun FAM bersikap seperti hakim dengan menentukan bahawa bukti berkenaan tidak cukup kuat, di mana statement ini melambangkan FAM MENYERAH SEBELUM BERJUANG. Wajarkah FAM dibarisi pemimpin yang mementingkan imej dan kredibilit FAM sahaja apabila krediliti Harimau Muda dinodai akibat kesalahan PASUKAN LAIN yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh AFC & FIFA? Fikir-fikirkan

P/S: Bayangkan jika FAM menghantar bantahan. Tetapi kita hanya boleh berharap