Posts Tagged ‘perlawanan bola sepak’

assalamualaikum & salam satu malaysia..

kita sedia maklum bahawa bola sepak adalah sukan yang paling digemari ramai, tak kira sama ada di dalam negara kita sendiri atau di seluruh dunia..kehadiran kejohanan besar seperti piala dunia amat dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk di dunia, terutamanya penyokong tegar serta peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia..

namun, di sebalik kemeriahan sokongan penyokong yang membanjiri stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak, terdetik di hati penulis bahawa di sini timbulnya satu simbolik menerusi bola sepak, iaitu semangat perpaduan di dalam satu negara. penulis mengambil contoh terdekat, iaitu negara kita sendiri Malaysia.

kita boleh saksikan sendiri betapa penuhnya stadium sama ada stadium bukit jalil atau mana-mana stadium sekalipun, dimana stadium kini kerap dibanjiri oleh penyokong setia bola sepak.  di sini kita dapat lihat bahawa malaysia, yang ada pelbagai kaum ini datang beramai2 ke stadium untuk menyokong pasukan harimau malaya. di kelantan misalnya, penuh stadium sultan muhammad IV setiap kali kelantan bermain. mana-mana game kelantan sekalipun, especially final, pasti ramai rombongan dari kelantan ke stadium bukit jalil bagi menyokong pasukan mereka.

di sini boleh dihuraikan bahawa tidak kira siapa mereka, melayu, cina, dan india, mereka tetap turun menyaksikan perlawanan bola sepak malaysia, especially perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan. disitu muncullah semangat patriotisme dan semangat cintakan tanah air menerusi sokongan mereka kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

selain itu, dalam kerangkan warga kerja bola sepak kebangsaan sendiri, staf2 serta para pemain juga terdiri daripada pemain berbangsa melayu, cina & india. contohnya ketua jurulatih kebangsaan, datuk K rajagobal merupakan jurulatih berbangsa india, ong kim swee jurulatih harimau muda berbangsa cina dan ismail ibrahim, jurulatih harimau muda B berbangsa melayu. nah! ini buktinya bahawa bola sepak ini diketuai oleh staf yang berbilang bangsa dan mengemudi pasukan masing2 yang dibarisi pemain yang berbilang kaum. di dalam skuad harimau malaya ada safee sali, k gurusamy, manakala yong kuong yong, gary steven robbat serta irfan fazail membarisi pasukan harimau muda A. lihatlah bahawa bola sepak bukannya sukan yang didominasi oleh sesebuah kaum iaitu melayu semata-mata. jangan lupa di zaman kegemilangan bola sepak dahulu, kita juga ada star2 yang bukan berbangsa melayu seperti datuk soh chin aun, santokh singh, r arumugam, james wong, wong choon wah dan ramai lagi. bukankah ini membuktikan simbol perpaduan dalam negara kita?jika mereka tidak ngam dengan kaum2 lain, masakan mereka boleh membentuk persefahaman yang jitu yang menjadi tunjang kehebatan skuad kita dahulu?

bola sepak juga tidak mengenal erti politik dalam hati penyokong. lihat sendiri pasukan kelantan, penyokong mereka ramai setiap kali mereka beraksi. mereka tolak ketepi isu politik, mereka tidak memikirkan yang penyokong itu ahli parti mana sekalipun, mereka duduk di sebelah bersama-sama menyaksikan perlawanan, sorak bersama2 dan mengkritik perlawanan tanpa ada unsur atau ideologi politik sekalipun. ia juga sama seperti di selangor, di perak dan di sarawak sekalipun. mereka tiada masa untuk bertanya seperti “engkau sokong parti B eh? kau duduk sana jangan duduk dengan aku, aku tak suka orang parti B ni” ataupun “engkau orang parti P??booo..dah syuh2 duk dgn geng2 kau je”, TAK ADA dan TAK PERNAH ia berlaku dalam sejarah bola sepak. para penyokong tidak peduli parti2 politik ketika nak tengok bola. ada yang tak kenal pun asalnya orang sebelah mereka TAPI mereka boleh berkawan dan bersahabat. KENAPA?? sebab mereka datang untuk tengok bola dan sokong pasukan mereka, sorak & jerit sama2..boo referee sama2 dan beri komen masing2 sepanjang perlawanan. hah?kan elok macam tu. jadi, terbuktilah lagi bahawa bola sepak sebagai simbol perpaduan kaum & masyarakat.

satu lagi buktinya ialah dengan satu perkataan. the word “GOL, GOAL”. Di mana2 sekalipun di seluruh dunia ini jika pasukan menjaringkan gol, mereka akan menjerit GOL!!! mereka tak jerit perkataan lain. the word GOL or GOAL itu apabila dijerit beramai2 itu mereka tidak peduli orang sebelah tu sapa, org sokong parti politik apa, bangsa apa, kaum apa hatta agama apa sekalipun. mereka menjerit dan bersorak bersama2..itulah magisnya perkataan GOL dalam bola sepak ini.

sekian dulu daripada penulis. nantikan post seterusnya..thanks
adios!!