Posts Tagged ‘Ashri Chu Chu’

Assalamualaikum wbt.

Dalam Edisi Khas yang terakhir ini, penulis ingin merangkumkan segala idea menerusi post-post yang lepas serta komen-komen yang bernas daripada pencinta tegar bola sepak kita dalam 1 edisi. Seperti yang kita maklum, ranking bola sepak kita turun lagi. (Tak terkejut, we expect this to happen). As a result, FAM mula mengaturkan perlawanan persahabatan, dan mereka berjaya mendapat sebuah pasukan, iaitu pasukan Sarawak & 2 perlawanan persahabatan dengan pasukan Singapura secara timbal balik. Namun adakah ini cukup untuk pasukan kebangsaan kita?Cukupkah 2 perlawanan ini? Relevankah perlawanan dengan pasukan Sarawak?Apa sebenarnya hala tuju bola sepak kita?Banyak lagi persoalan yang timbul hinggakan penulis yakin tak termampu untuk dijawab oleh FAM.

FAM sedar bahawa ranking kita rendah, tetapi adakah mereka sedar bahawa mereka telah mensia-siakan 2 tahun (bagi penulis, it could be longer than that) peluang untuk menaikkan ranking tetapi tidak memanfaatkannya?2 tahu, tempoh yang lama & seharusnya ia dipenuhi dengan perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan yang SETARAF dengan kita, bukannnya dengan GERGASI ASIA seperti Australia. Susah sangat kah untuk mengatur perlawanan menentang Bangladesh, Nepal, India, Maldives mahupun Uganda yang ranking mereka tidak jauh beza dengan kita. Mengikut ranking, kita setaraf dengan Bangladesh, Nepal, India SAHAJA. Nak buktikan sebaliknya?silakan bertemput di atas padang & buktikan. Susah sangat kah FAM nak atur? Relevankah jika panggil FC Barcelona, Manchester United & AC Milan datang ke Malaysia ketika STAR mereka TIADA kerana EURO 2012? Takkan FAM tak sedar bahawa kos memanggil mereka jauh lebih MAHAL berbanding menjemput pasukan-pasukan seperti yang disebutkan tadi?

Bukan niat penulis untuk mengkritik pasukan Sarawak, malah penulis nampak ada juga relevannya bermain dengan pasukan ini dimana coach Datuk K Rajagopal ingin mencuba muka-muka baru. Usaha ini ada hasilnya, menerusi skuad Harimau Muda ketika menentang Pasukan Olimpik Syria. Walaupun tewas 3-0, penulis tertarik dengan kelibat pemain gantian yang kini bermain untuk pasukan PKNS & Sabah yang dilihat ada talent serta bermain baik.Penulis memuji corak permainan Pasukan Sarawak di bawah Robert Alberts yang bermain dengan tersusun. Jika tidak, bagaimana Ashri Chu Chu boleh dipanggil utk skuad Harimau Muda menentang pasukan Syria. Namun the priority is to improve our current world ranking because we’re now among BELOW 60 of the current ranking. Is that considered as GOOD??

Kita kena segara tunjukkan kepada peminat bahawa masih ada sinar dalam bola sepak kita. Kita satu-satunya pasukan ASIA TENGGARA  yang bermain di kelayakan OLIMPIK. Kitalah pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tetapi sampai bila nak jadi jaguh ASIA TENGGARA sahaja? Bila lagi nak tembus ke peringkat ASIA seperti waktu kegemilangan dahulu?BILA?SAMPAI BILA PERLU KITA TUNGGU?Cukup kita aim untuk layak ke Piala Asia sebelum memikirkan untuk layak ke PIALA DUNIA.