Posts Tagged ‘Rasuah Bola Sepak Malaysia’

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Kita baru-baru ini telah dikejutkan dengan berita gempar apabila 18 orang pemain & jurulatih telah didapati bersalah atas kesalahan RASUAH. Mereka telah didapati mengatur keputusan beberapa perlawanan Piala Presiden tahun lepas. Akibatnya gelaplah masa depan pemain-pemain muda yang terlibat dengan gejala ini.

Penulis terfikir apakah puncanya mereka terjebak dalam gejala rasuah ini? Tidakkah mereka sedar bahawa kita pernah melalui zaman gelap bola sepak diwaktu era 1990an, yang semuanya berpunca akibat gejala RASUAH ini?? Peminat tegar bola sepak pastinya tidak boleh melupakan detik hitam ini apabila kita kehilangan talent-talent yang sangat berkualiti yang tidak mampu ditukar ganti SEHINGGA HARI INI. Nama-nama seperti Azizol Abu Hanifah & Matlan Marjan yang merupakan nadi & tunjang skuad Malaysia ketika ini. Malah apabila mereka telah didapati bersalah, jurulatih kebangsaan ketika itu Claude Le Roy berkata kehilangan mereka ibarat patah sebelah kaki (correct me if i’m wrong, but he did said something like this).

Pemain-pemain sekarang perlu sedar bahawa gejala rasuah ini adalah punca utama gelapnya masa depan bola sepak. Ingatlah bahawa kita pernah kehilangan lebih kurang 125 orang PEMAIN bola sepak termasuk beberapa tonggak kebangsaan, dan ada diantara mereka yang DIGANTUNG. Seharusnya pemain-pemain sekarang perlu belajar daripada kesilapan yang lalu. Jika tidak, apa gunanya mereka menceburi arena bola sepak & berlatih penat-penat jika akhirnya menjalankan aktiviti rasuah??it’s a shame for our football world.

Mereka yang terlibat baru-baru ini adalah player-player muda & pemain pasukan Piala Presiden. Sekiranya mereka mula terdedah dalam gejala ini di usia yang muda, apa yang terjadi kepada pembangunan bola sepak kita? Mungkin yang terlibat ini antara yang berbakat besar tapi sayangnya tumpas dalam kawalan diri & disiplin. Di manakah silapnya? Adakah gaji yang diberi tidak mencukupi? Adakah bonus yang diberi kurang memadai??

Di dalam isu ini, puncanya mungkin disebabkan kekurangan imbuhan, gaji serta bonus yang memadai. Jumlah yang ditawarkan untuk menjual game ini bukan sedikit. Penulis ada terbaca bahawa ada seorang pemain import telah ditawarkan sebanyak RM 100,000 untuk kalah namun dia tidak menerimanya. Oleh itu, FAM & SPRM perlu bekerjasama & berganding bahu dalam mengatasi gejala ini. Ada juga kemungkinan bahawa ia didalangi oleh sindiket sama ketika gejala rasuah 1990an dahulu. Mujurlah setiap FA hari ini cekap bertindak dalam menangani isu ini sebelum menjadi lebih parah. Apatah lagi ia terjadi kita graf kemajuan bola sepak mula mencanak naik selepas kejayaan menjuarai Piala AFF, memenangi & mempertahankan Pingat Emas Sukan Sea, menjadi satu-satunya pasukan asia tenggara bawah 23 yang layak ke pusingan akhir kelayakan olimpik 2012 serta wujudnya jutawan baru bola sepak kita iaitu Safee Sali. Rasuah cara mudah menjadi kaya tapi cepat juga menjadi kayap.

Penulis merasakan bahawa individu yang terlibat dalam sindiket ini ialah pembelot negara. Mereka hanya memikirkan wang & keuntungan semata-mata TANPA mempedulikan LANGSUNG mengenai bola sepak serta pembangunan yang sedang giat dijalankan oleh mana-mana FA. Dengan modus operandi iaitu menawarkan wang yang lumayan kepada pemain-pemain muda, ia sekaligus mengakibatkan pemain-pemain ini digantung dan ada kemungkinan untuk tidak boleh bermain lagi selepas ini. Bukan itu sahaja, kita akan kerugian apabila hilangnya permata-permata berbakat yang mampu diketengahkan sebagai star baru kita. akibatnya, kita yang rugi, bola sepak kita yang rugi dan tauke rasuah yang tersenyum lebar. Mereka lah pembelot negara dalam dunia bola sepak kita.

*BUTA= BUKA MATA PLEASE!! NOT BUTAKAN MATA DALAM HAL INI