Posts Tagged ‘Wan Jamak Wan Hassan’

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini penulis ingin memberi ulasan mengenai 2 isu hangat dalam bola sepak kita. Pertama ialah mengenai isu yang melanda Tan Sri Annuar Musa yang bakal dikenakan tindakan oleh FAM kerana mengkritik skuad kebangsaan. Kecoh seketika bola sepak kita apabila Tan Sri Annuar Musa dikatakan melakukan kesalahan kerana mengkritik persembahan terkini skuad kebangsaan.

Penulis rasa semua tahu isu itu & kisah sebenar menerusi penerangan sendiri oleh Tan Sri. Namun yang timbul di sini adalah adakah persembahan skuad kebangsaan kita kebal daripada kritikan daripada official FAM sendiri? Apakah mereka hanya boleh diam membisu sahaja apabila skuad kebangsaan tidak mempamerkan permainan yang baik?Menurut undang-undang FAM hanya Presiden sahaja yang boleh memberi komen ke atas skuad kebangsaan. Jadi di sini adakah undang-undang itu adil? Tidakkah FAM officials yang lain boleh memberi komen atas persembahan terkini skuad kebangsaan? Setakat ini tidak..

FAM telah beberapa kali dikritik kerana melaksanakan undang-undang secara tegas yang terlampau. Siapa boleh lupa apabila coach Reduan Abdullah, B Sathianathan & Wan Jamak Wan Hassan digantung selama beberapa bulan hanya mengkritik pengadil? Dalam perlawanan kadang kala pengadil membuat kesilapan. It’s normal because they are human beings, not robots. Tetapi adakah adil hukuman itu sehinggakan menutup periuk nasi jurulatih2 ini? Di England, Sir Alex Ferguson hanya dikenakan penggantungan 3 perlawanan kerana mengkritik pengadil & mengatakan pengadil itu tidak fit untuk adili match. Di sini persoalannya adakah undang2 FAM itu relevan??Para pembaca fikirlah sendiri.

Untuk isu kedua, penulis hairan dengan sikap masyarakat ketika ini. Anda semua boleh saksikan video ini, dan video ini sudah tersebar di laman Facebook. Apakah yang bermain di minda kumpulan purple ketika ini? Kita semua faham mengenai hak untuk berhimpun di tempat awam. No arguments on that. Tetapi adakah cikgu & kanak-kanak ini tiada HAK untuk berlatih bola sepak di atas padang yang sama?Where’s your common sense people? You claims that you’re protecting your rights but at the same time you are infringing others rights also?Is that what you call as protecting human rights?Pfft..

Jumpa lagi di edisi seterusnya.