Edisi Khas 3: Bila Bola Sepak kita nak meningkat?

Posted: March 18, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , , , , , ,

Assalamualaikum wbt.

Dalam Edisi Khas yang terakhir ini, penulis ingin merangkumkan segala idea menerusi post-post yang lepas serta komen-komen yang bernas daripada pencinta tegar bola sepak kita dalam 1 edisi. Seperti yang kita maklum, ranking bola sepak kita turun lagi. (Tak terkejut, we expect this to happen). As a result, FAM mula mengaturkan perlawanan persahabatan, dan mereka berjaya mendapat sebuah pasukan, iaitu pasukan Sarawak & 2 perlawanan persahabatan dengan pasukan Singapura secara timbal balik. Namun adakah ini cukup untuk pasukan kebangsaan kita?Cukupkah 2 perlawanan ini? Relevankah perlawanan dengan pasukan Sarawak?Apa sebenarnya hala tuju bola sepak kita?Banyak lagi persoalan yang timbul hinggakan penulis yakin tak termampu untuk dijawab oleh FAM.

FAM sedar bahawa ranking kita rendah, tetapi adakah mereka sedar bahawa mereka telah mensia-siakan 2 tahun (bagi penulis, it could be longer than that) peluang untuk menaikkan ranking tetapi tidak memanfaatkannya?2 tahu, tempoh yang lama & seharusnya ia dipenuhi dengan perlawanan persahabatan kelas A dengan pasukan yang SETARAF dengan kita, bukannnya dengan GERGASI ASIA seperti Australia. Susah sangat kah untuk mengatur perlawanan menentang Bangladesh, Nepal, India, Maldives mahupun Uganda yang ranking mereka tidak jauh beza dengan kita. Mengikut ranking, kita setaraf dengan Bangladesh, Nepal, India SAHAJA. Nak buktikan sebaliknya?silakan bertemput di atas padang & buktikan. Susah sangat kah FAM nak atur? Relevankah jika panggil FC Barcelona, Manchester United & AC Milan datang ke Malaysia ketika STAR mereka TIADA kerana EURO 2012? Takkan FAM tak sedar bahawa kos memanggil mereka jauh lebih MAHAL berbanding menjemput pasukan-pasukan seperti yang disebutkan tadi?

Bukan niat penulis untuk mengkritik pasukan Sarawak, malah penulis nampak ada juga relevannya bermain dengan pasukan ini dimana coach Datuk K Rajagopal ingin mencuba muka-muka baru. Usaha ini ada hasilnya, menerusi skuad Harimau Muda ketika menentang Pasukan Olimpik Syria. Walaupun tewas 3-0, penulis tertarik dengan kelibat pemain gantian yang kini bermain untuk pasukan PKNS & Sabah yang dilihat ada talent serta bermain baik.Penulis memuji corak permainan Pasukan Sarawak di bawah Robert Alberts yang bermain dengan tersusun. Jika tidak, bagaimana Ashri Chu Chu boleh dipanggil utk skuad Harimau Muda menentang pasukan Syria. Namun the priority is to improve our current world ranking because we’re now among BELOW 60 of the current ranking. Is that considered as GOOD??

Kita kena segara tunjukkan kepada peminat bahawa masih ada sinar dalam bola sepak kita. Kita satu-satunya pasukan ASIA TENGGARA  yang bermain di kelayakan OLIMPIK. Kitalah pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tetapi sampai bila nak jadi jaguh ASIA TENGGARA sahaja? Bila lagi nak tembus ke peringkat ASIA seperti waktu kegemilangan dahulu?BILA?SAMPAI BILA PERLU KITA TUNGGU?Cukup kita aim untuk layak ke Piala Asia sebelum memikirkan untuk layak ke PIALA DUNIA.

 

 

Comments
  1. FAM Just ”Penganjur”, yang salah selama-lama ini dalam kesemua dalam hal bola sepak negara kita adalah team-team yang beraksi dalam Liga Super Malaysia / Liga Premier Malaysia. Merekalah 100% yang bertanggung jawab keatas mendidik pemain, beri ilmu pengetahuan pada pemain, bayar gaji pemain, melatih pemain, dan hasilnya= SELANGOR FA menghasilkan pemain yang lembik! KELANTAN FA menghasilkan pemain bermental Lembab!! PAHANG FA menghasilkan pemain Besar punya harap! (tak leh harap), TERENGGANU FA menghasilkan pemain berfikiran cetek terhadap taktik bermain di atas padang! PKNS menghasilkan pemain bertaraf Kampung, ATM FA menghasilkan pemain yang berteknik lemah, SARAWAK FA menghasilkan pemain yang tidak berbakat, JDT menghasilkan pemain yang tiada makna lansung. (PUNCANYA RANKING JATUH SEPERTI TAHI KITA SENDIRI DALAM MANGKUK TANDAS)

    So…FIFA menegaskan, si “PENGANJUR (FAM)” tidak boleh membantu mana-mana team dalam Liga malaysia untuk membangunkan pemain, FIFA= bagi pihak Penganjur (FAM) tugasnya menjadi hakim, memberi duit untuk team yang menang liga/ piala, membina system yang baik untuk liga, Ternyata FAM telah mendapat pujian baik dari pihak AFC dan FIFA. (empire besar puji FAM tuuuu).

    Dan ternyatalah Dajal dalam bola sepak negara kita selama ini adalah team-team dalam liga! sebab itulah bila orang mengkritik FAM mereka buat deeeekkk je sebab bukan salah mereka yang menjadikan Bola Sepak negara kita HANCUR! TAPI TEAM-TEAM DALAM LIGA PUNCANYA!!! kerana GAGAL menaik taraf pusat latihan hingga ke KELAS 3 ATAU 4 BINTANG seperti Club BURIRAM UNITED, BEC TERO Sasana, MUANGTHONG UNITED, BANGKOK GLASS… Pasal itulah team negara kita mudah di kalahkan oleh Thailand di Final AFF. itu baru squad muda Ala Thai yang turun, belum lagi Teeratep Winothai, Datsakorn thonglao, teerasil dangda, Cholratit Jantakam, Theeraton Bunmatham.. aduhai, Bungkus awallah team Harimau Malaya kalau nama-nama setan neraka itu yang di senaraikan dlm squad Ala Thai…🙂 so… jangan salahkan FAM, persoalkan team-team dlam liga kita, kenapa mereka selama ini tidak menghasilkan pemain yang benar-benar setaraf atau serupa cara mainnya seperti Eric Cantona Or Cristiano Ronaldo Or David Beckahm Or Messi????

  2. INFORMATION:… NEGARA INDONESIA ADALAH NEGARA ASIA PERTAMA YANG BERTANDINNG DIKEJOHANAN AKHIR FIFA WORLD CUP PADA TAHUN 1934. (Itu hasil kajian selidik dari kami semasa enam tahun lepas dan menjumpai record hebat dalam bola sepak Negara Indonesia yang kurang di ketahui oleh sebilangan Negara-Negara Asia ini termasuk Negara kita sendiri.)… Thank you…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s