Posts Tagged ‘Kelantan pasukan pilihan ke Piala Malaysia’

Assalamualaikum & Selamat hari raya aidilfitri

Pertama sekali kpd semua followers, saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Minta maaf kerana agak lama menyepi kerana sibuk dan kurang isu hangat yang ingin dibincangkan.

Ketika rakyat Malaysia kini sedang sibuk dengan sambutan hari raya aidilfitri, sedar tak sedar bola sepak malaysia sudah tiba ke pertandingan paling berprestij di tanah air kita, iaitu Piala Malaysia. Piala Malaysia adalah bagi saya satu pertandingan yang unik, kerana di sini kita dapat nilai, lihat dan saksikan perbezaan persembahan daripada pasukan-pasukan yang bertanding, semangat mereka yang berbeza ketika bermain untuk Piala Malaysia dan kini, dengan penyertaan pasukan Lions XII, lebih menyemarakkan lagi suasana Piala Malaysia tahun ini.

Setiap kali Piala Malaysia berlangsung, highlight dan focus akan lebih diberi kepada pasukan hebat atau big teams seperti Lions XII, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan selaku juara bertahan. Namun, harus diingat bahawa dalam Piala Malaysia, kesemua pasukan, terutamanya pasukan label underdogs akan mempamer aksi dan persembahan positif dan berbeza di Liga di mana mereka akan menjadi pasukan yang liat dan sukar ditewaskan berbanding ketika aksi di Liga. Oleh itu, persembahan mereka ketika di Liga tidak boleh terlalu diambil kira kerana mereka semestinya menjadi satu pasukan yang sama ada keseluruhan atau hampir separuh berbeza daripada sebelum ini. Itu lah uniknya Piala Malaysia.

Baik, penulis ingin menyentuh sedikit mengenai ramalan pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Malaysia tahun ini. Secara kasarnya, setelah menonton Piala Malaysia sejak dari kecil hingga kini, penulis melihat bahawa sebenarnya Piala Malaysia pada setiap tahun semakin lama semakin kompetitif. Namun penulis berpendapat bahawa pasukan-pasukan di Malaysia sebenarnya lebih mempamerkan aksi positif untuk pertandingan2 sahaja seperti Piala FA atau Piala Malaysia namun prestasi ini tidak konsisten dan tidak diteruskan di Liga Malaysia.Pasukan di Malaysia lebih bersifat on off dan tidak boleh mempamer aksi konsisten sepanjang Liga. Ada pro & kontranya di sini. Dari segi pertandingan, ia akan menjadi lebih menarik kerana akan ada banyak kejutan yang tidak disangka dan menyaksikan pertandingan itu menarik utk ditonton kerana semakin sukar untuk meramal siapa yang akan ke final. Namun kontranya adalah ia menunjukkan bahawa pasukan-pasukan ini tidak boleh mempamer satu persembahan yang konsisten dari awal sehingga akhir liga, kemungkinan disebabkan jadual yang disusun FAM tidak teratur menyebabkan pemain mudah mengalami kecederaan dan kurang match fitness.

Jika kita lihat, ramai yang meramalkan bahawa Kelantan akan menjadi pasukan wajib beraksi di final, dan di ramal bertemu pasukan Selangor atau Lions XII. Namun, seperti yang penulis katakan sebentar tadi, jangan dilupakan pasukan-pasukan bukan pilihan seperti Negeri Sembilan, Terengganu, Perak mahupun Johor FC dan Pahang. Trend terkini pasukan-pasukan sejak akhir-akhir ini di Piala Malaysia adalah pasukan favorite atau pasukan pilihan ramai JARANG sekali ke FINAL. Hanya SATU daripada pasukan pilihan ramai akan ke final dan peminat TIDAK AKAN menyaksikan DUA PASUKAN PILIHAN KE FINAL. Jadi penulis meramalkan hanya Kelantan akan ke final berbanding pasukan pilihan ramai lain iaitu Selangor dan Lions XII.

Pasukan lain yang tidak diberi pilihan harus diikuti dengan teliti kerana mereka lah pasukan yang mencorakkan saingan Piala Malaysia. Trendnya adalah pasukan yang mempamerkan aksi sederhana akan ke final, berbanding pasukan yang menang straight 3 atau lebih perlawanan, kerana pasukan itu lebih berisiko untuk terkeluar di saingan kalah mati, sama ada di saingan suku akhr atau separuh akhir. Manakala pasukan yang mempamer aksi turun naik juga berpeluang ke saingan kalah mati namun saingan mereka akan terhenti di situ.

Jadi sebab itu penulis mengatakan Piala Malaysia adalah unik kerana persembahan pasukan-pasukan ini tidak boleh diramal. Ada kemungkinan juga pasukan Selangor tersingkir di peringkat suku akhir, ada kemungkinan pasukan under dogs yang ke final. Sukar sebenarnya untuk membuat ramalan untuk pasukan yang ke final namun penulis meramalkan sama ada Negeri Sembilan atau Kedah ke final kerana mereka adalah pasukan yang bersifat on form ketika pertandingan. Namun, kita pastinya akan sama-sama menyaksikan sama ada ramalan anda tepat atau tidak dan sama ada pasukan kegemaran anda cemerlang atau tidak. Sama sama kita nantikan!!