Sembang Bola Sepak: Mutu & Kualiti Skuad Kebangsaan di tahap membimbangkan?

Posted: April 18, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt

Ketika ini penulis pasti masih ramai yang tidak henti bersembang dan memperkatakan tentang kekalahan besar skuad kebangsaan 6-0 terhadap Oman, selain ranking skuad kebangsaan yang jatuh teruk di tangga 164 dunia, di bawah negara-negara seperti Bhutan & Timor Leste. Disebabkan itu, kita menghadapi kesulitan sewaktu undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 baru-baru ini dimana kita ditempatkan bersama skuad Arab Saudi, UAE, Palestin & Timor Leste, dimana skuad kita adalah skuad paling rendah diantara kesemua skuad di dalam kumpulan berkenaan.

Semakin ramai mempersoalkan dimana silapnya sehinggakan ranking kita jatuh teruk. Ketika ini terdapat ramai yang mempersoalkan tentang kebolehan jurulatih Dollah Salleh, terutamanya di sudut taktikal, selain ada yang memperkatakan bahawa inilah tahap bola sepak kita kerana bergantung kepada pemain yang ada yang mungkin tidak semua mempunyai kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Manakala tempoh persiapan yang pendek juga dijadikan alasan di atas kekalahan tersebut. Dimanakah silapnya sebenarnya?

Pada pandangan penulis, semua pihak harus mula bertanggungjawab tentang hal ini. Malangnya, dilihat hanya sekarang baru pihak seperti FAM mula melihat ini sebagai serius. Atas sebab apa penulis sendiri tidak pasti. Pada pandangan penulis mungkin sudah terlambat untuk menyediakan skuad yang penuh kualiti di setiap posisi dan terpaksa bergantung kepada pemain yang sedia ada dan dinilai dari segi prestasi terkini di Liga, namun tidak ada salahnya untuk memanggil pemain-pemain muda daripada skuad Harimau Muda A & B untuk bermain terus untuk skuad kebangsaan, memandangkan mereka sudah mula terlibat dengan “international assignment” sebelum skuad kebangsaan bermain perlawanan persahabatan dengan Oman tempoh hari. Penulis berpendapat bahawa perlunya skuad ini beraksi dengan skuad-skuad yang mana ranking mereka lebih tinggi daripada kita seperti Bhutan, India, Hong Kong dan Afghanistan yang sudah mula jauh meninggalkan kita dari segi ranking sebagai persediaan kelayakan Piala Dunia & Piala Asia berbanding perlawanan menentang Spurs & Liverpool dimana negara-negara berkenaan juga dalam persiapan perlawanan yang sama berbanding perlawanan kelab EPL yang mana skuad yang lain boleh dihantar untuk perlawanan tersebut.

Mungkin ini masanya untuk memanggil Kumaaran,Nazirul Naim, Rozaimi dan lain-lain untuk skuad kebangsaan. Penulis juga menyokong saranan yang dibuat baru-baru ini oleh Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin untuk memanggil lebih ramai pemain seperti Matthew Davies, Brendan Gan & Junior Edstal untuk mewakili skuad kebangsaan, namun harus diteliti terlebih dahulu kualiti mereka. Penulis berpendapat mungkin bola dipanggil semula pemain seperti Tan Shun Seang (maaf jika salah eja nama) yang tidak silap penulis pernah dipanggil sebelum ini oleh Datuk Ong Kim Swee serta jika boleh dipanggil juga Titus James Palani untuk dilihat aksinya setelah sekian lama berkelana di Eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s