Sembang bola sepak: Penyerang tempatan v Penyerang import, siapa lebih berkaliber?

Posted: March 14, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Seperti yang diketahui, isu ini sering kali membelenggu kebanyakan jurulatih skuad kebangsaan, lebih-lebih lagi untuk skuad senior dimana sejak kewujudan semula pemain import di Liga M, masalah utama yang timbul adalah kekurangan pemain penyerang yang bermain dengan kerap dan konsisten akibat pemilihan pemain import di jentera serangan. Ia membuatkan jurulatih tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memilih pemain-pemain veteran dan pemain yang mempunyai pengalaman bermain untuk antarabangsa, walaupun pemain berkenaan sekadar memenuhi bangku simpanan.

Situasi ini ada perubahan sedikit ketika ini dimana jika dilihat kepada beberapa pasukan seperti Selangor yang kerap menurunkan Ahmad Hazwan Bakri, JDT yang semakin kerap menggunakan Safee Sali, Norshahrul sebagai pemain utama di skuad ATM, namun situasi ini tidak berlaku untuk pemain seperti Norfarhan (walaupun ditimpa kecederaan), Fauzi Roslan di skuad Pahang bukanlah pemain utama, begitu juga dengan bakat muda seperti Thamil Arasu dan lain-lain. Namun tidak dinafikan kewujudan pemain muda seperti penyerang di JDTII, Felda United sedikit sebanyak memberi opsyen tambahan kepada Dollah Salleh.

Adakah punca kekurangan penyerang tempatan bermain ini disebabkan penyerang tempatan kurang berkaliber, ataupun disebabkan jurulatih gemar memilih pemain import, mahupun atas dasar taktikal? Pada pandangan penulis, penyerang import dilihat lebih berkaliber berbanding penyerang tempatan, atas dasar pengalaman luas bermain di liga-liga lain sebelum menyertai Liga M, berbanding penyerang tempatan yang kekurangan pengalaman beraksi di liga lain. Kekurangan “exposure” ini sekaligus memaksa penyerang tempatan diketepikan bagi memberi ruang kepada penyerang import. Ia memberi lebih masalah jika jurulatih lebih gemar bermain dengan 1 striker sekaligus menidakkan ruang pemain penyerang tempatan untuk menonjol, tetapi isu taktikal adalah hak sepenuhnya pada jurulatih. Jika dilihat kini pemain penyerang tempatan terpaksa “adapt” untuk bermain di posisi sayap kiri dan kanan, tetapi penulis melihat situasi ini sedikit sebanyak membantu penyerang tempatan selain mendapat aksi bermain, ia juga menyerlahkan kekuatan pasukan dari segi taktikal.

Namun, ia bukanlah menyatakan bahawa pemain penyerang tempatan tidak boleh menjadi penyerang berkaliber. Lihat sahaja contoh Liga M sewaktu zaman 1990an dimana ketika itu zaman kegemilangan penyerang tempatan bermula daripada Matlan Marjan, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Rosdee Sulong, Che Zambil Ahmad, Hashim Mustapha, Nidzam Adzha Yusoff hingga ke era gandingan Khalid Jamlus dan V Saravanan disebalik kemunculan pemain penyerang import seperti Alistair Edwards, Christopher Kiwomya, Laszlo Repasi, Scott Olleranshaw dan lain-lain. Jadi adalah tidak mustahil untuk pemain penyerang tempatan kembali menjadi pilihan jurulatih pasukan masing-masing. Mereka perlulah berusaha keras sambil mempelajari teknik-teknik daripada penyerang import yang boleh memberi tunjuk ajar seperti Luciano Figeroa, El Hadji Diouf, Erwin Carrillo dan lain-lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s