Sembang Bola Sepak: Variasi dalam barisan kejurulatihan skuad kebangsaan; wajar atau tidak?

Posted: February 19, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt

Untuk penulisan kali ini, ianya hanyalah melalui sudut pandang serta idea dan pendapat peribadi penulis berhubung tajuk penulisan kali ini. Seperti yang kita sedia maklum, kita mempunyai beberapa skuad kebangsaan daripada pelbagai peringkat umur, daripada skuad utama sehingga skuad bawah 16 tahun.

Di dalam setiap skuad berkenaan juga diketuai oleh beberapa ketua jurulatih bagi mengemudi skuad berkenaan. Namun di satu sudut adakah kita tahu siapakah barisan kejurulatihan yang menganggotai skuad-skuad berkenaan? Siapakah yang bertanggungjawab dalam memberi idea berkenaan cara dan teknik bertahan, teknik serangan serta taktikal pasukan? Adakah semuanya diletak di bahu ketua jurulatih? Sekiranya ada pembantu dalam 1-2 jurulatih adakah ia mencukupi?

Penulis berpendapat bahawa untuk membantu menguatkan skuad kebangsaan dari segi mutu permainan, antara perkara yang membantu adalah dari sudut penambahan jurulatih untuk setiap skuad kebangsaan. Penulis mungkin orang yang tidak layak untuk bercakap soal ini kerana pastinya ketua jurulatih sudah mempunyai perancangan tersendiri serta style bekerja sendiri. Namun idea ini adalah untuk membantu meringankan beban besar yang perlu dipikul oleh ketua jurulatih.

Penulis berpendapat bahawa mungkin boleh dibuat penambahbaikan dalam struktur kejurulatihan skuad-skuad kebangsaan dengan memecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu melantik jurulatih-jurulatih untuk aspek tertentu iaitu 1 orang jurulatih khas untuk pertahanan, 1 jurulatih khas untuk serangan, 1 jurulatih khas untuk perancang dan bahagian tengah, 1 jurulatih khas bagi aspek taktikal dan teknik serta scout bagi mengenal pasti pemain serta scout yang berlainan untuk membuat research bagi taktikal lawan.

Ia mungkin membabitkan jumlah barisan kejurulatihan yang ramai tetapi jika boleh dikhususkan untuk mereka membantu pemain dari sudut taktikal bertahan dan memberi laporan kepada ketua jurulatih tentang pemain yang sesuai untuk bermain, namun keputusan akhir tetap di bawah ketua jurulatih. Mungkin untuk idea ini sesuai jika dijemput bekas pemain kebangsaan yang layak menjadi jurulatih untuk membantu skuad-skuad kebangsaan, terutamanya skuad bawah 16-22 tahun kerana mereka boleh berkongsi maklumat dan pengalaman mereka ketika beraksi bersama skuad kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s