Bola Sepak sebagai salah satu punca pendapatan

Posted: February 3, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt

Selamat bercuti semua. Kali ini penulis sekadar ingin menulis secara santai berkenaan topik yang mungkin dilihat agak berat, iaitu bola sepak sebagai salah satu punca pendapatan. Penulis melihat bahawa dibawah bidang sukan bola sepak sahaja boleh dipecahkan beberapa jenis pekerjaan lain, selain ketua jurulatih, pengurus dan pemain bola sepak.

Ketika ini, sudah semakin banyak pasukan bola sepak yang menyertai liga bola sepak dibawah kendalian FAM, daripada liga super sehingga ke liga FAM. Penulis melihat isu ini daripada cabang perkembangan sains sukan yang semakin penting untuk pembangunan sukan, termasuk sukan bola sepak.

Disebabkan kewujudan dan perkembangan sains sukan ini, peluang mula wujud terutamanya untuk graduan daripada sains sukan untuk menceburi bidang bola sepak tempatan dengan menjadi seorang fisioterapi mahupun seorang pakar nutrisi makanan. Malah sekiranya senario bola sepak kita mula berkembang, pekerjaan lain seperti scout dari sudut pencarian bakat muda sehingga ke bahagian analisis taktikal pasukan lawan, jurulatih yang memegang tugas spesifik seperti jurulatih penjaga gol, pertahanan dan serangan termasuk CEO bagi menguruskan pemasaran pasukan juga boleh diwujudkan andainya sesebuah pasukan ini mahu menjadi satu pasukan yang benar-benar professional. Penulis percaya sudah ada individu yang bertugas untuk jawatan berkenaan tetapi mungkin tidak ramai yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan.

Penulis memuji langkah TMJ dalam menubuhkan pasukan marshall di Stadium Larkin bagi menjaga keselamatan penyokong di stadium, setidak-tidaknya ia membantu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat di Johor.

Pandangan anda?

Comments
  1. BQ says:

    Pendapat penulis mengenai ini mmg betul. Kita perlukan ‘kebabasan’ dari segi pembangunan sukan di negara kita ni. Lebih2 lagi bola sepak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s