Sembang Bola Sepak: Kehangatan Liga Malaysia bermula!

Posted: January 31, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum wbt.

Setelah menunggu, akhirnya kini bola sepak kita kembali bermula. Kita dapat lihat bahawa setiap tahun setiap pasukan berlumba-lumba memperbaiki pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain yang diingini untuk menguatkan pasukan masing-masing. Perpindahan yang menjadi tumpuan dan kontroversi seperti Gary Steven Robbat, Ferris Danial, serta perlantikan jurulatih baru bagi pasukan-pasukan turut menjadi tumpuan.

Jika dibandingkan situasi ini pada 10 tahun lepas, hampir tidak siapa mempedulikan aksi persahabatan, urusan jual beli pemain mahupun aksi perlawanan persahabatan. Namun kini, semua ternanti-nanti tentang update terkini pasukan masing-masing, walaupun sekadar aksi persahabatan. Ini menunjukkan bahawa bola sepak Malaysia sebenarnya sudah mula berkembang dan menjadi tumpuan, terima kasih perlu diucapkan kepada para peminat bola sepak tanah air.

Pastinya peminat-peminat bola sepak tanah air sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi Piala Sumbangsih antara JDT v Pahang. Malah, aksi-aksi Piala FA pada keesokan harinya juga menjadi tumpuan peminat pasukan masing-masing. Diharapkan JDT & Pahang dapat memberikan aksi yang berkualiti terutamanya dari sudut taktikal.

Selain itu, diharapkan juga agar pasukan-pasukan lain juga dapat memberikan saingan yang berkualiti di dalam liga bola sepak Malaysia. Sebelum ini, hanya pasukan seperti Selangor, Kelantan dan Lions XII menjadi tumpuan dan upset jarang sekali berlaku. Kini dapat dilihat bahawa pasukan-pasukan seperti PDRM, Felda, JDT, Terengganu juga sudah memberi saingan yang sengit dan mampu menumbangkan pasukan yang dianggap gergasi. Dapat dilihat juga bahawa di atas kertas sebenarnya segalanya mungkin untuk kejutan ini berlaku untuk mana-mana pasukan dan sudah tiada pasukan favorite. Hanya pasukan yang paling konsisten sahaja yang akan muncul sebagai pemenang.

Jangan dilupakan juga aksi Liga Perdana dan Liga FAM yang mana pasukan-pasukan yang bertanding juga bukan calang-calang. Tiada jaminan pasukan manakah yang bakal merebut slot ke Liga Perdana dan Liga Super kerana kekuatan semua pasukan kelihatan agak seimbang. Wujud pasukan favorite untuk ke Liga Super seperti Sabah, N9 Matrix dan Kedah tetapi jangan dipandang sebelah mata pada pasukan seperti PKNS, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta T-Team.

Teruskan sokongan anda terhadap liga kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s