Malaysia perlukan pemain bola sepak yang kreatif & berfikir. Setuju @ tidak?

Posted: January 24, 2015 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pandangan dan pendapat berkaitan bola sepak kita, yang mana diharapkan boleh dikongsi dengan khalayak semua. Ketika ini sedang hangat berlaku kejohanan bola sepak Piala Asia 2015 serta kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. Fokus kali ini lebih kepada Piala Asia 2015 dimana kita masih belum berjaya untuk layak secara merit untuk kejohanan ini.

Bukanlah untuk mengatakan bahawa pemain-pemain bola sepak kita ini tidak boleh bermain dengan baik, jika tidak mereka tidak mampu untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Namun setakat mana perkembangan pemain-pemain bola sepak kita selain hanya mempamerkan teknik bola sepak yang baik, dimana kadang kala asas permainan seperti “first touch” juga masih belum kemas. Penulis berpendapat bahawa selain mempunyai teknik asas yang kemas, kita juga perlukan pemain-pemain yang mampu berfikir, terutamanya secara kreatif sewaktu di atas padang.

Untuk ini, kita tidak boleh meletakkan 100% beban kepada jurulatih kerana ia bergantung kepada usaha pemain sendiri. Jurulatih sudah mempunyai taktikal tersendiri, cuma pemain perlu menterjemahkan arahan jurulatih tersebut. Ketika ini perlunya pemain-pemain yang boleh berfikir terutamanya secara kreatif bagi menggerakkan taktikal jurulatih. Sebagai contoh dengan adanya pemain yang kreatif dan berfikir membolehkan pemain tahu bila untuk buat forward run, offside trap ketika bertahan & how to beat offside trap serta off the ball movement yang tidak mengganggu game plan terutamanya ketika melakukan serangan sekaligus memudahkan pemain untuk membuat hantaran. Ini adalah contoh positif yang boleh diperolehi dengan adanya pemain-pemain seperti ini

Pandangan anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s