Sembang Bola Sepak: 5 Perkara yang perlu dibuat bagi memantapkan Harimau Malaya

Posted: December 25, 2014 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Pertama sekali, penulis ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya memenangi perlawanan timbal balik final Piala AFF Suzuki 2014 3-2 ke atas Thailand walaupun kejayaan itu adalah kejayaan yang pahit kerana gagal memenangi piala keramat berkenaan.

Penulis harus akui walaupun ada ketikanya agak skeptikal dengan skuad ini selepas permulaan hambar sejak DS mengambil alih (1 kemenangan sahaja sebelum sepak mula piala AFF) namun semangat juang yang tinggi telah dipamerkan oleh para pemain bagi membuktikan sebaliknya kepada para peminat, serta tidak menolak rombakan magis yang dibuat oleh DS begitu menjadi pada perlawanan-perlawanan yang genting. Harus diakui juga bahawa adanya pemain-pemain senior seperti Shukor Adan, Indra Putra, Amri Yahyah dan Badri Radzi memberi impak yang besar kepada skuad ini, lebih-lebih lagi pengaruh Shukor Adan & Indra Putra begitu menjadi pada saat-saat yang diperlukan.

Namun, kegagalan meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 ini perlu dilihat dari sudut positif bahawa kita perlu yakin ke atas kemampuan Dollah Salleh sebagai jurulatih untuk mengemudi skuad ini mara ke hadapan. Dengan tempoh yang singkat beliau berjaya membawa skuad yang dilihat tidak diletakkan sebarang harapan untuk menjadi naib juara Piala AFF Suzuki 2014 serta pemain-pemain kembali bersemangat untuk beraksi bagi skuad kebangaan. Penulis disini berpendapat ada 5 perkara yang boleh membantu memantapkan skuad Harimau Malaya ini.

1) Kemasukan pemain-pemain muda berbakat.

Penulis melihat bahawa kita sebenarnya mempunyai pemain-pemain muda yang berbakat untuk diketengahkan dan pastinya coach DS ingin mencuba pemain-pemain ini selepas kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Nama-nama seperti Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Nazmi Faiz, Junior Edstal, Nik Shahrul Azim, Rozaimi Abdul Rahman dan mungkin Farhan Roslan perlu dipertimbangkan oleh barisan kejurulatihan kebangsaan, atas dasar tenaga muda & stamina yang tinggi.

2) Pemilihan pemain berdasarkan “form” & kekerapan beraksi bersama pasukan.

Penulis menyedari perkara ini apabila Razman Roslan & Norfarhan Muhammad tidak dipanggil bagi skuad kali ini walaupun memenangi anugerah Pemain Pertahanan & Pemain Penyerang terbaik kebangsaan. Namun, selain pemain-pemain ini, nama-nama seperti Aidil Zafuan, S. Subramaniam (sekiranya menjadi regular di skuad Selangor), Ahmad Fakri Saarani, Shakir Shaari, Brendan Gan, Joseph Kalang Tie, Bobby Gonzales & Fauzi Roslan juga boleh dipertimbangkan.

3) Teruskan pencarian bakat muda secara menyeluruh

Perkara ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bukannya dibuat oleh Datuk OKS sahaja. Ini kerana pemain ini yang akan meneruskan kesinambungan pemain-pemain senior seperti Shukor Adan & Indra Putra. Pemain-pemain lain seperti Ash Hameed, Sean Gan Ginelli, dan Nicholas Chan ini perlu dipantau oleh kedua-dua jurulatih sebelum menentukan kemasukan mereka dalam skuad kebangsaan sama ada Harimau Muda A atau Harimau Malaya

4) Memperbanyakkan aksi perlawanan persahabatan

Memperbanyakkan aksi perlawanan persahabatan ketika ini adalah perlu dengan misi yang lebih gigih mencari kemenangan bagi setiap aksi bagi menaikkan ranking skuad kebangsaan serta bagi mencuba gandingan baru pemain-pemain muda serta percubaan pelbagai corak permainan, termasuk taktikal dan formasi yang diterapkan.

5) “Scouting” bukan sahaja di MSL

“Scouting” ataupun pencarian pemain-pemain baharu untuk skuad ini bukan sahaja perlu dibuat oleh coach DS seorang mahupun oleh coach Datuk OKS tetapi juga keseluruhan kejurulatihan kebangsaan tanpa mengira umur skuad bagi memperbanyakkan “pool of talents” dan ia bukan sahaja perlu dibuat di MSL sahaja malah di MPL, Piala Presiden mahupun luar negara sekiranya ada pemain-pemain kelahiran Malaysia beraksi di luar sana. Malah bakat-bakat muda kita seperti Wan Kuzain, Titus James perlu dipantau dan sekiranya perlu, panggilah mereka untuk menilai aksi mereka dalam perlawanan persahabatan dahulu.

#PrayforMalaysia #PrayforPantaiTimur #ThisisMalaysia #Weareallunited #Bantulahmangsabanjir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s