Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yang semua sedia maklum, akhirnya sejarah baru berjaya dicipta bagi lembaran bola sepak kebangsaan tahun ini apabila membuat kejutan untuk layak ke Final Piala AFF Suzuki 2014 dengan menumpaskan Vietnam 4-2 di tempat lawan setelah tunduk 2-1 di laman sendiri.

Penulis berpuas hati dengan semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh anakbuah Dollah Salleh yang pada kali ini dilihat bermain agak baik untuk perlawanan genting di tempat lawan, tidak seperti edisi sebelum ini dimana aksi kurang kemas serta kurang meyakinkan dipamerkan apabila berlawan dengan lawan di luar Kuala Lumpur.

Sejujurnya penulis melihat skuad edisi kali ini banyak disokong kekuatannya dari segi percaturan taktikal Dollah Salleh yang menjadi pada waktu dan masa yang amat diperlukan, semangat juang yang tinggi serta paling penting adalah pengaruh dan kepelbagaian yang ditunjukkan oleh pemain veteran kebangsaan yang menggunakan kepakaran dan pengalaman yang ada bagi membantu skuad edisi kali ini.

Mungkin tidak dijangka apabila khidmat Shukor Adan & Indra Putra dipanggil untuk edisi kali ini atas faktor usia namun persembahan mereka kali ini tidak mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila Shukor Adan mengemudi bek tengah yang dilihat lebih memberi impak berbanding di posisi defensif midfielder. Keupayaan Amri tidak perlu dipertikaikan lagi atas aksi konsisten bersama JDT namun akhirnya peminat dapat menyaksikan keupayaan Badhri Radzi (Piya) dalam kejohanan kali ini.

Penulis berpendapat untuk aksi final menentang Thailand nanti perlu mengekalkan aksi seperti separuh masa pertama menentang Vietnam, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan formasi 4-4-1-1 ketika menyerang dan 4-2-3-1 ketika bertahan atau dalam mode standby sebelum menyerang kerana Thailand mempunyai barisan tengah yang lincah dan laju. Namun penulis berpendapat perlunya pemain tengah bertahan bagi menambah kekentalan bahagian tengah kerana peranan Safiq & Piya adalah perlu untuk membuat umpanan ke hadapan dan adalah menjadi satu kerugian jika salah seorang daripada mereka perlu beraksi secara defensif tanpa menggunakan kekuatan yang ada. Mungkin gandingan Piya-Gary dan Safiq boleh memberi kekuatan yang lebih serta keperluan untuk stay compact di bahagian midfield.

Tetapi penulis melihat bahawa kecenderungan Muslim untuk naik ke atas membuatkan terfikir untuk mencadangkan supaya Muslim diberi satu role baharu iaitu sebagai pemain tengah bertahan bergandingan dengan Safiq & Piya. Cuma yang membezakan antara Muslim dan Gary Steven adalah kekurangan urgency untuk distribute ball dengan kemas serta saiz fizikal namun gaya permainan Muslim Ahmad yang robust ini perlu untuk melakukan dirty job bagi menghalang tempo hantaran pemain tengah Thailand.

Aksi Kunanlan sebagai pertahanan kanan adalah dipuji dan membuatkan kita lupa tentang Mahali Jasuli kerana tendency Kunalan untuk stay di kawasannya berbanding Mahali yang gemar naik tetapi agak lambat untuk bertahan dan tendency Mahali untuk drift ke tengah berbanding menjaga kawasan sendiri, dimana penulis berpendapat ini adalah punca Kunanlan diminta bermain sebagai pertahanan kanan, ditambah lagi dengan fitness Kunanlan yang baik serta kepantasannya membolehkan Kunanlan naik dengan baik iaitu cukup sekadar membantu untuk distribute pass kepada Azamuddin Akil atau pemain dlm free role dan terus turun semula ke kawasannya menunjukkan satu persembahan berdisiplin oleh Kunanlan.

Oleh itu, diharapkan agar Harimau Malaya terus garang membaham mangsa seterusnya dan memanfaatkan peluang menjulang trofi di laman sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s