Sembang Bola Sepak: Masih ada sinar untuk bolasepak Malaysia

Posted: November 30, 2014 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bertemu kembali dalam ruangan ini setelah sekian lama tidak menulis akibat kekangan masa. Ketika ini penulis pasti dan yakin bahawa kesemua peminat bola sepak tanah air masih lagi meraikan kemenangan 3-1 yang dicatatkan semalam di Stadium Nasional Singapura ke atas pasukan Singapura yang mana momen itu pastinya satu momen yang akan kekal dalam ingatan pemain, jurulatih dan penyokong Harimau Malaya.

Dapat diperhatikan bahawa pasukan bimbingan Dollah Salleh ini memberi peningkatan pada permainan mereka terutamanya benteng pertahanan yang semakin berdisiplin serta mempunyai semangat & mentaliti yang tinggi ketika tekanan mula memuncak, apatah lagi skuad ini dikritik hebat sejak tewas mudah di laman sendiri menentang Syria. Masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi untuk memenangi perlawanan menentang Vietnam ahad depan 7hb Disember 2014.

Disaat negara meratapi pelbagai tragedi tahun ini, termasuk persembahan sukan negara yang dilihat agak merudum pada tahun ini, pastinya perjalanan bola sepak negara tahun ini diteliti dan dilihat penuh minat untuk sekurang-kurangnya ada sinar keceriaan untuk rakyat Malaysia pada tahun ini. Pada pendapat peribadi penulis, bola sepak negara sudah mula memberikan sinar dan harapan, apatah lagi jika dilihat kepada Liga M yang semakin kompetetif berbanding tahun-tahun sebelum ini dimana jurang pasukan Liga Super dan Liga Perdana terutamanya terhadap pasukan gergasi seperti Selangor sudah mengecil dan pasukan-pasukan Liga Perdana mula memberi tentangan sengit seperti Kedah yang mula bangkit, tidak terkecuali pasukan tumpuan Felda United yang membuat kejutan layak ke final Piala FA dan pasukan PDRM membuatkan saingan liga semakin berseri.

Namun disebalik kemeriahan liga kita, masih lagi dilihat beberapa pasukan yang gagal meneruskan konsistensi walaupun bermula cemerlang dan diharapkan lebih banyak kejutan dalam liga untuk tahun 2015 bagi menyaksikan mutu permainan semakin berkembang sekaligus menaikkan dan menambahkan lagi pemain-pemain berkualiti untuk pasukan kebangsaan.

Penulis berharap agar pasukan Harimau Malaya terus mengaum dan memberi cabaran dan tentangan sengit di Piala AFF 2014 dan memperbaiki segera kelemahan yang ada terutamanya mempelbagaikan corak hantaran dan serangan serta membuat perubahan pada “game plan” serta taktikal bagi mengelakkan mudah dibaca lawan. Diharapkan juga agar selepas Piala AFF nanti banyak perlawanan persahabatan dibuat bagi menaikkan ranking pasukan kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s