Sembang Bola Sepak: David Moyes disingkir terlalu awal oleh Man United?

Posted: April 23, 2014 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamaualaikum & Salam Sejahtera

Sudah lama penulis tidak menulis apa-apa artikel akibat kesibukan kerja dan belajar separuh masa pada hujung minggu. Namun penulis hari ini berjaya mencuri sedikit masa untuk menulis dan memberi komentar untuk isu hangat membabitkan bekas pengurus Manchester United David Moyes yang disingkirkan semalam akibat prestasi yang tidak memuaskan.

Untuk isu ini, secara jujurnya penulis akui bahawa Manchester United mengalami kemerosotan yang mendadak. Terlalu cepat dan sangat jelas kejatuhan prestasi oleh para pemain. Ramai peminat yang mengatakan bahawa skuad ini seharusnya boleh memberi saingan yang kuat kerana ini adalah skuad yang sama yang memenangi EPL musim lepas, jadi kemerosotan ini adalah 100% di atas bahu Moyes sahaja.

Bagi penulis, ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Moyes yang menyebabkan kemerosotan prestasi United dengan mendadak, iaitu:

1) Kegagalan menandatangani pemain berkualiti sewaktu transfer window (Julai & Januari).

Moyes hanya berjaya mendapatkan Marouane Fellaini dan Juan Mata sahaja untuk musim ini dimana ketika ini mereka boleh dilabel antara the worst signing of the season. Tetapi kegagalan utama adalah tidak berjaya mendapatkan seorang pemain pertahanan muda dan kental ketika Vidic dan Ferdinand sudah berusia dan paling utama adalah kegagalan mendapatkan pengganti Scholes.

Bagi penulis, dari sudut taktikal, pengganti scholes tidak perlu sekiranya corak permainan United diubah dengan menggunakan semaksimum mungkin kreativiti Januzaj, Mata dan Kagawa. Namun mungkin Moyes memikirkan bahawa harus dikekalkan tradisi serangan United di bahagian sayap sejak zaman Beckham & Giggs, Ronaldo & Nani serta Valencia & Young. Namun seharusnya kehadiran Fellaini memberi impak yang besar tetapi tidak boleh dinafikan kecederaan menjadi antara faktor kemerosotan prestasi beliau. Namun jangan dilupakan bahawa Carrick memegang beban berfungsi lebih daripada 1 fungsi taktikal memberi kesan utama dalam game play United. Jika dapat dilihat Chelsea mendapatkan Matic, City mendapatkan Fernandinho untuk mengurangkan beban kepada Ramires dan Yaya Toure serta memberi opsyen tambahan. Tetapi United tidak membuat sedemikian. Manakala Vidic dan Ferdinand seharusnya bermain pada permainan penting sahaja selain memberi ruang dan kepercayaan yang lebih kepada Jones, Smalling dan Evans. Tetapi kehadiran pemain seperti Garay dan Mangala mampu memberi impak besar kepada pertahanan United.

2. Taktikal tanpa variasi

Ketiadaan Scholes bukanlah penamat kepada perkembangan tengah United. Moyes membuat tindakan yang bijak dalam mendapatkan Juan Mata kerana dari sudut taktikal, semakin ramai pasukan yang mengabaikan konsep advance playmaker kecuali Arsenal yang boleh menggabungkan bakat Cazorla, Ozil dan Wilshere sebagai advance playmaker dalam satu pasukan.

Mungkin United seharusnya mengabaikan permainan serangan daripada sayap seperti era Beckham & Giggs, Ronaldo dan Nani & Valencia & Young dan mengubah kepada three quartret iaitu Mata-Kagawa-Januzaj dan Rooney di hadapan selaku Target man (role support) atau Advance Forward atau Robin Van Persie mahupun Welbeck & Hernandez (sebagai target man mahupun poacher). Sekiranya keadaan memaksa, mereka masih boleh revert semula kepada basic permainan sayap tetapi menerusi wingback mereka Rafael & Evra (namun prestasinya merosot).

Pasti ada yang memikirkan keseimbangan dari sudut bertahan. Sebab itu penulis sebutkan di no 1 bahawa kurangkan beban Carrick yang merencana game dari deep dengan diagonal pass dan mengubah kepada double pivot yang berfungsi sebagai box to box midfielder & ball winning midfielder. Pair yang sesuai adalah Carrick dan Fellaini ataupun menghidupkan semula “the Makalele role” dan mungkin boleh divariasikan pemain di role tersebut sama ada sebagai Anchor Man atau sebagai Regista. Lihat semula bagaimana Matic dan Luiz mengucar-kacirkan City di Etihad ketika Chelsea menang 1-0. Tetapi sekiranya ingin menghidupkan semula role Makalele, harus ada pemain lain. Bukan Fellaini, Carrick ataupun Fletcher. Dan bukan juga Phil Jones.

3. Terlalu cepat memasukkan barisan kejurulatihan sendiri.

Beberapa pemerhati bola sepak melihat ini adalah antara punca kejatuhan United. Barisan baru kejurulatihan United seperti tidak dapat memberi satu sumbangan terutama dari segi moral dan teknik pemain serta isu taktikal. Ini perlu diperhatikan juga memandangkan bekas barisan kejurulatihan United sebelum ini mampu untuk berhubung dan memberi input yang bernas kepada pemain United.

Namun apa yang terjadi Moyes telahpun disingkirkan. Sejujurnya Moyes perlu diberi masa semusim dua lagi bagi membuktikan kebolehannya dan memberikan peluang untuk mendapatkan pemain yang sesuai dengan acuan taktikalnya. Namun ia tidak akan berlaku. Dan apa yang berlaku juga membuatkan penulis merasakan bahawa Manchester United kini tidak ada beza dengan Manchester City, Fulham, Cardiff dan West Bromich Albion dan bukanlah lagi satu kelab yang khas dan istimewa, dari srgi sokongan kuat daripada board members pasukan yang lebih melihat kejayaan jangka pendek berbanding perkembangan kelab di jangka panjang. Pengurus yang menggantikan Moyes selepas ini tidak akan berasa selamat dan tidak akan mampu untuk membina legasi seperi Sir Alex Ferguson dengan mentaliti board members seperti ini.

Hanya tinggal Arsenal sebagai the special club.

P/S: Membayangkan Loius Van Gaal sebagai the next manager. Tetapi ingin juga melihat nama-nama lain & bukan favorite seperti Marcelo Lippi, Ronald Koeman, Glenn Hoddle, Sven Goran Erikson dan Luciano Spaletti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s