Sembang Bola Liga Malaysia: Apa yang ingin disaksikan dalam Liga Malaysia musim ini

Posted: January 25, 2014 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah lama tidak menulis akibat kesibukan kerja dan tiada waktu terluang kerana menyambung pengajian, penulis kini mengambil dan mencuri sedikit masa bagi berkongsi kemeriahan bola sepak Malaysia yang baru sahaja bermula pada 18 Januari yang lepas.

Penulis dapat melihat bahawa liga bola sepak Malaysia semakin menarik perhatian apabila dimana-mana sahaja pasti ada yang bersembang mengenai bola sepak Malaysia. Sebelum ini di zaman kejatuhan, tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa ke stadium, cerita-cerita di akhbar tidak begitu menarik perhatian. Namun kini semuanya sudah berubah. Dengan dibantu oleh teknologi serta sokongan padu oleh Ultras setiap pasukan seperti Elephant Army, BOS dan sebagainya menambahkan lagi perisa dan kemeriahan liga bola sepak Malaysia.

Banyak perkara yang ingin disaksikan di dalam liga kita, terutamanya dengan tumpuan yang lebih seimbang kepada Liga Super dan Liga Premier. Sebelum ini di Liga Super kita masih dapat melihat monopoli beberapa pasukan dimana terdapat jurang diantara pasukan lima terbaik dan pasukan bawahan serta keunggulan Lions XII, serta persaingan di Liga Premier yang lebih menjurus kepada pasukan Sime Darby & Sarawak, kini segalanya berubah. Saingan Liga Premier juga tidak kurang hebatnya dimana setiap pasukan mampu berbelanja dan mendapatkan pemain import dan pasukan-pasukan seperti Kedah, Negeri Sembilan, Felda United, JDT II dan Sabah dilihat pasukan tumpuan untuk mencuri slot ke saingan Liga Super.

Manakala di dalam Liga Super, pasukan yang mencuri tumpuan seperti JDT & Pahang dilihat pasukan yang diperhati apatah lagi setelah berbelanja besar dan juga memenangi trofi seperti Pahang yang merupakan juara bertahan Piala Malaysia serta menjuarai Piala Sumbangsih. Slot automatik ke saingan Piala AFC juga direbut oleh pasukan-pasukan seperti Kelantan, Selangor dan ATM. Namun, pasukan Perak yang menggunakan ramai pemain muda ini mampu memberi kejutan yang tidak dijangka. Namun jangan nafikan kekuatan “the dark horse teams”seperti Sarawak, Selangor PKNS & Sime Darby.

Antara perkara yang ingin disaksikan adalah seperti berikut:

1) Pemain import paling menyerlah

Kehadiran Pablo Aimar sekaligus memberikan satu rencah yang berperisa di dalam Liga Super. Walaupun dalam usia 30an beliau masih lagi cergas dan mampu memberikan permainan yang berkualiti. Namun jangan dinafikan pemain import yang sebelum ini mencuri tumpuan dan bakal mengegar seperti Damion Stewart, Matias Conti dan Francis Forkey Doe sambil persembahan pemain import baru seperti Junior, Martin Kafando, Kwar Zayar Min serta kemunculan semula Juan Manuel Arostegui bakal menjadi tumpuan peminat.

2) Pasukan tumpuan: Adakah pasukan berbelanja besar mampu memenangi sesuatu?

Kelihatan di sini pasukan JDT mencuri tumpuan apabila bukan sahaja berbelanja besar mendapatkan khidmat Pablo Aimar, tetapi mendapatkan pemain ternama tempatan seperti Amri Yahyah, Shakir Shaari selain pemain bintang Harimau Muda Irfan Fazail & Fadhli Shas. Mereka adalah pilihan untuk memenangi mana-mana trofi di Malaysia.

3) Kemajuan dalam taktikal permainan

Ini adalah salah satu aspek yang juga ditunggu-tunggu oleh para peminat, terutama yang memerhati dan meminati taktikal pasukan. Corak permainan ball possession oleh Selangor setakat ini mencuri tumpuan namun jangan nafikan taktikal menyerang Ron Smith yang setakat ini mendapat pujian. Pasukan-pasukan lain harus menonjolkan kebolehan taktikal masing-masing bagi memenangi perlawanan.

4) Mutu pengadilan

Isu ini mula panas apabila sudah ada beberapa jurulatih yang menyuarakan rasa tidak puas hati tentang mutu pengadilan di media. FAM harus mengambil teliti isu ini dan walaupun ianya adalah kritikan pedas sekalipun, tidak wajar dan tidak logik akal untuk menghukum mana-mana jurulatih dengan penggantungan empat bulan sehingga maksimum dua tahun. Cukuplah sekadar beberapa perlawanan. FAM perlu lebih terbuka dalam isu ini dan dalam situasi ini, FAM sila buka mata dan lihat approach FA England dalam menyelesaikan isu ini.

Ramalan penulis untuk liga super: Masih terlalu awal namun JDT & Pahang adalah pasukan pilihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s