Sembang Bola Dunia: Wayne Rooney lebih berbahaya jika bermain dengan Arsenal berbanding Chelsea

Posted: October 4, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Salam Sejahtera.

Dikesempatan ini, penulis masih ingin menulis berkenaan pemain yang menjadi rebutan dalam saga perpindahan pemain, iaitu Wayne Rooney dimana Chelsea & Arsenal antara kelab yang berminat dan bercita-cita tinggi untuk mendapat pemain ini. Walaupun perkara ini sudah mendapat kata putus oleh Wayne Rooney yang mahu kekal di Old Trafford, masa depannya masih lagi secara matematiknya belum 100% tertutup.

Penulis melihat bahawa disebalik keinginan tinggi Jose Mourinho untuk mendapatkan Rooney serta komen positif oleh pengkritik bola sepak dunia yang menyatakan Rooney akan menjadikan Chelsea sebagai pasukan yang hebat, penulis melihat bahawa sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan Rooney, maka mereka sudah boleh mula mengimpikan gelaran juara liga, walaupun sekiranya Mesut Ozil tidak menyertai Arsenal musim ini.

Dari segi taktikal, Rooney akan menjadi kepada pemain yang akan memberi impak di posisi central forward tetapi dengan role “false nine” di Chelsea, sesuatu yang amat diimpikan oleh Jose Mourinho dalam melaksanakan pelan tersebut. Apatah lagi dibantu oleh kebolehan Rooney untuk drop deep dan memberi ruang dan sokongan kepada Oscar, Mata dan Hazard serta kreativiti serta kebebasan Rooney untuk bergerak sekali gus memberi ruang untuk bukan satu, tetapi 3 pemain berada dalam kotak penalti serentak dan memberi tekanan kepada pertahanan lawan dan menjaringkan gol.

Namun sekiranya Rooney bermain di Arsenal, kebebasan untuknya akan menjadi lebih dan mampu menzahirkan lebih permainan kreativiti dan sesuai dengan passing game Arsenal. Rooney boleh bermain sebagai central forward tanpa perlu bergerak banyak kerana sudah diapit oleh pemain seperti Cazorla, Walcott, Wilshere, Podolskidan ditambah pula pemain seperti Ramsey dan Ozil. Rooney boleh menjadi seperti Van Nistelrooy yang mampu menjaringkan gol dengan banyak kerana ramai pemain untuk menghantar bola kepadanya, lebih-lebih lagi kebolehannya mencari ruang di dalam kotak penalti seperti “fox in the box”. Sekiranya Rooney bermain di Chelsea, banyak kemungkinan bahawa dia akan banyak menggerakkan permainan sama seperti pemain lain dan memudahkan game plan lawan dengan memaksa Rooney kekal bermain dengan deep tanpa ada pemain penyerang tulen yang memberi bahaya kepada lawan.

Ia mungkin kedengaran seperti satu idea yang berbeza dari segi taktikal tetapi bayangkan sekiranya Rooney sebagai penyerang tunggal dalam formasi Arsene Wenger dan disokong oleh Ozil sebagai no 10, walcott, ramsey, wilshere dan podolski atau cazorla. Rooney juga boleh memberi sokongan yang baik kepada Giroud di bahagian serangan kerana ability Giroud untuk membuka ruang serta memberi hantaran yang baik, serta off ball movement yang difahami rakan sepasukan.

Dia boleh kembali ke puncak kegemilangan kareer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s