Archive for September 8, 2013

Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera

Kini kita sudah dapat saksikan aksi-aksi di liga Eropah, iaitu di Liga EPL, Liga Perancis, LA Liga, Seria A dan Bundesliga serta aksi Piala Malaysia. Telah tamat juga pasaran perpindahan pemain-pemain musim ini, dengan LA Liga serta EPL mendominasi pasaran perpindahan pemain-pemain.

Setelah menyaksikan perlawanan-perlawanan di musim ini, penulis tertarik untuk membincangkan berkenaan taktikal yang ditampilkan oleh pasukan-pasukan musim ini. Ada pasukan yang membeli ramai pemain serangan seperti Chelsea dan Tottenham Hotspurs, ada pasukan yang memperbaiki pasukan dengan membeli pemain yang kuat di posisi yang lemah sebelum ini seperti Liverpool, dan ada pasukan yang membeli pemain mengikut reputasi seperti Paris Saint Germain. Namun penulis melihat bahawa setiap pemain yang masuk ke pasukan baru ini adalah mengikut kehendak pengurus yang mempunyai perancangan taktikal tersendiri.

Ada pasukan seperti Chelsea dan Tottenham memutuskan untuk membeli pemain-pemain serangan dan hard man yang muda dan berbakat. Chelsea mengekalkan Torres, menambah Eto’o, Willian, Marko Van Ginkel dengan sebab taktikal yang ingin ditampilkan oleh Jose Mourinho. Penulis dapat melihat bahawa Chelsea akan mempunyai lebih dari 1 formasi tetap dan pemain-pemain yang mampu adapt untuk bermain dalam pelbagai formasi. Namun Chelsea lebih kepada memberi keseimbangan dari segi bahagian serangan dan bertahan. Konsepnya adalah mempunyai sebanyak mungkin attacking wealth untuk bermain sama ada secara false nine dan the no “10”, winger converted to inside forward dan tidak ada istilah playmaker. Semua pemain serangan mempunyai kebebasan untuk menggerakkan serangan. Manakala di bahagian bertahan mereka ada 4 pertahanan dan dibantu oleh 2 box to box midfielder yang sentiasa naik turun bertahan dan membantu serangan yang kini dikemudi oleh Lampard dan Ramires. Untuk posisi ini Mourinho ada opsyen menggunakan Essien dan Van Ginkel serta Mc Eachran serta Mikel.

Ada juga pasukan yang bermain dengan tiga serangkai di bahagian central park dan tiga serangkai, seperti pasukan Liverpool. Konsep midfield yang menarik iaitu destroyer, passer & creator menjadi asas pasukan Liverpool kini. Sebelum ini peminat Liverpool mencemuh kehadiran Lucas Leiva, namun kini dia menjadi tonggak utama dan ketiadaannya amat dirasai ketika kecederaannya musim lepas. Lucas akan bergerak ke bawah, close down pemain yang menerima bola dan cepat membantu centre back ketika diserang. Gerrard pula berfungsi sebagai creator dari bahagaian deep, atau lebih sesuai bergerak selaku deep lying playmaker dengan membuka permainan daripada bawah dan disokong oleh Henderson yang bertindak sebagai passer di bahagian atas membantu serangan. Kehadiran Coutinho juga memudahkan tugas Henderson dan Gerrard kerana passiing ability Continho yang menarik sama ada berada di bahagian kiri atau ke atas sedikit dibelakang Sturridge untuk memberi through pass ke dalam kotak penalti.

Ada juga konsep double pivot, konsep kegemaran penulis dan mula di adaptasi oleh pasukan-pasukan kini. Contohnya Borussia Dortmund kerana ia menjadikan perlawanan bola sepak itu seperti seni yang berbaloi untuk ditonton. Selain kekuatan Dortmund yang mampu menggerakkan permainan daripada pertahanan ke serangan, konsep double pivot menjadi kunci utama taktikal pasukan ini. Ilkay Gundogan dan Bender, kedua-dua pemain ini menjadi nadi gerakan bertahan dan serangan Dortmund. Passing ability menarik daripada Gundogan serta hard man dan defending yang baik oleh Bender memberi balance dalam Dortmund dan dibantu oleh dua lagi figura penting iaitu the no “10” yang sebelum ini oleh Gotze dan kini diambil alih dengan cemerlang oleh Henrik Mikhtaryan serta sokongan Target Man oleh Lewandowski menjadikan pasukan ini kuat dari segi taktikal.

Masih ada lagi pasukan yang bermain dengan advance playmaker seperti Swansea, Barcelona, Real Madrid dan ada juga olahan dari segi taktikal seperti Swansea dengan kehadiran Bony sebagai target man atau Fabregas sebagai false nine dengan formasi 4-6-0. Ini adalah revolusi taktikal dalam bola sepak moden masa kini dan pastinya akan ada lagi inovasi taktikal dalam masa tiga ke lima tahun nanti. Namun kesemua pasukan kini menekankan kepentingan kepada basic football iaitu passing game, kawalan bola atau 1st touch yang baik serta dibantu pemain berskil tinggi untuk membuka pertahanan atau off ball movement.

P/S: Bayern Munich & Borussia Dortmund are still the team to beat.