Sembang Bola Malaysia: Apakah kekurangan sebenar skuad Harimau Malaya? (Tactical view)

Posted: August 4, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sepertimana semua sedia maklum, skuad kebangsaan negara baru sahaja pulang menamatkan edisi jelajah latihan di Jepun, dimana kita tewas dalam kesemua perlawanan dengan kelab di sana, dimana kita gagal menjaringkan gol dan bolos sebanyak 12 gol. Situasi ini akhirnya mendesak FAM untuk bertindak dan hasil daripada mesyuarat FAM, DKRG mungkin akan kekal sehingga 31 Disember 2013 sahaja, dimana semakin ramai pihak makin lantang mengkritik skuad kebangsaan dan semakin ramai yang tidak percaya KPI DKRG iaitu menang dengan Bahrain serta layak ke Piala Asia 2015.

Disini penulis ingin membangkitkan perkara asas yang sudah diperhati ramai namun perkara ini masih lagi berulang. DKRG semakin kerap bereksperimen dengan satu tujuan, iaitu untuk aksi menentang Bahrain. Namun apa yang dilihat adalah setiap eksperimen membuahkan kegagalan, dan lebih menyedihkan lagi eksperimen dibuat hanyalah dari segi posisi pemain, dan tidak nampak perubahan ketara dari segi corak permainan. Disini penulis selaku peminat bola sepak yang mahukan perubahan, terutamanya dari segi taktikal dan formasi dengan rasa rendah dirinya mempamerkan idea penulis di sini.

4-2-3-1 malaysia formation

Menerusi formasi kegemaran penulis iaitu 4-2-3-1, idea penulis adalah seperti berikut:

1) Memberikan kekuatan dari segi serangan dengan meletakkan 3 pemain serangan di belakang CF yang boleh berperanan sebagai target man. Pemain sayap kanan dan kiri disini perlu kerap masuk ke dalam iaitu cut inside dan boleh juga menjadi inside forward, sekaligus memberi opsyen serangan yang lebih. Formasi ini juga bermain dengan current game plan, dimana AMF itu akan bertindak sama aada attacking midfielder, the No 10 atau trequartista. Tetapi tidak ada pemain yang suit untuk menjadi trequartista jadi the No 10 lebih sesuai untuk membuka ruang serangan dan menambah threat dalam penalty box (Amri Yahyah sesuai untuk posisi ini). Aspek yang perlu diperbaiki oleh pemain harimau malaya adalah off the ball movement yang sangat membantu, terutamanya bagi mengelakkan daripada man-marking yang tight. Lebih cantik juga jika pemain berkaki kanan diletakkan di bahagain kiri dan vice versa, dan ia juga menyukarkan lawan untuk man marking.

2) Double pivot. Penulis melihat dua central midfielder ini menjadi nadi utama pasukan. Bukan sahaja memberi kebebasan pemain serangan untuk menyerang, malah mereka juga perlu kerap untuk minimize space di bahagian tengah. Mereka juga perlu cepat backup pertahanan kiri, kanan serta di bahagain bawah bagi menambahkan pemain di bahagian pertahanan tanpa perlu pemain serangan turun membantu kerana sekiranya itu berlaku, attacking threat sudah berkurang. Pemain tengah juga perlu cepat distribute bola dengan tepat samada kepada target man atau pemain sayap serta kepada the No 10. inilah kelemahan sebenar pemain harimau malaya kerana dengan formasi 4-4-2, pemain terlalu cepat distribute bola tanpa ada pemain attacking di atas kerana mereka sudah turn ke bawah membantu pertahanan. Mereka juga berperanan besar dalam memastikan skuad berada dalam shape & bertahan mengikut formasi yang mengurangkan space untuk pemain lawan menyerang.

3) Overlapping. Hanya Mahali sahaja yang berani serta kreatif ketika membuat overlap. Dan disini juga pentingnya peranan double pivot kerana ia akan mengisi kekosongan RB & LB sewaktu mereka naik membantu serangan, sekaligus mengekalkan jumlah pemain bertahan seramai 4 orang dan RB & LB serta pemain serangan juga perlu minimize space untuk counter attack lawan serta memberi ruang & masa yang cukup untuk dua central midfielder ini kembali ke posisi.

Formasi ni juga mudah diubah dengan bermain 2 DMF sekiranya ingin betul2 bertahan dan boleh bergerak tanpa spesifik playmaker dan bermain dengan cara run into defenders, dengan meramaikan pemain serangan, seperti dibuat oleh Juventus. Konsep double pivot ini juga sesuai untuk formasi ini dengan seorang pemain tengah yang bukan sahaja mampu menyerap tekanan tetapi cepat menghantar bola dari deep untuk menyerang, seperti dibuat oleh Dortmund.

Namun adakah perubahan ini boleh disaksikan? Kita tunggu dan lihat.

Apa pula kata anda tentang formasi ini? Dan siapakah pemain yang sesuai untuk bermain dengan formasi ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s