Sembang Bola Malaysia: Apa yang peminat mahukan untuk bola sepak Malaysia?

Posted: July 20, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu ini skuad Harimau Malaya telah bermain dalam satu aksi persahabatan menentang Chonburi FC yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 0-0. Dilaporkan juga bahawa aksi skuad Harimau Malaya tidak begitu memberangsangkan, dan alasan perlukan masa untuk cipta keserasian sudah acap kali didengar, walaupun di satu sudut ia seperti logik kerana kemasukan pemain baru seperti Junior Edstal dan Nazrin Nawi.

Namun yang mengejutkan sebenarnya adalah kehadiran para penyokong yang hanya dalam lingkungan 500 orang sahaja. Ia jelas memberi mesej kepada FAM supaya tidak terus menjadikan skuad Harimau Malaya satu bahan jenaka dengan bermain dengan pasukan kelab, dan sebaliknya berusaha mencari skuad kebangsaan lain. Tidak semestinya menentang skuad yang lebih tinggi atau di sekitar ranking atau kawasan Asean, tetapi boleh juga memanggil pasukan lain sebagai pemanas badan yang kompetetif untuk skuad Harimau Malaya.

Peminat bola sepak sudah mula jelak dan muak tentang bola sepak Malaysia. Penulis percaya bahawa hanya 1 perkataan dalam diri setiap peminat yang ditunggu-tungggu, iaitu pembaharuan. Penulis percaya peminat mahukan pembaharuan dari pelbagai sudut, daripada ranking Harimau Malaya, persembahan Harimau Malaya serta pembaharuan pengurusan oleh FAM sendiri.

Disini penulis ingin berkongsi apakah pembaharuan yang perlu dilaksanakan oleh FAM:

1) Perubahan untuk skuad Harimau Malaya, terutama dari segi mendapatkan aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan sahaja serta melantik jurulatih baru.

2) Bangunkan lebih banyak akademi bola sepak untuk mempunyai satu pool of players yang besar di setiap negeri, dan dikawal selia oleh FA negeri

Penulis ingin mendengar dan mendapatkan maklumbalas dari peminat bola sepak Malaysia tentang apa lagi pembaharuan yang perlu untuk membangunkan bola sepak Malaysia.

Sila kongsikan luahan dan pendapat anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s