Sembang Bola Malaysia: Tubuhkan Malaysia Selection menentang kelab gergasi dunia, apa kata anda?

Posted: July 14, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ketika ini pemain-pemain bola sepak kebangsaan sedang menjalani latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab seperti Chonburi United (Thailand) serta gergasi bola sepak dunia Chelsea FC & Barcelona FC serta aksi persahabatan di Jepun.

Isu ini hangat apabila pasukan kebangsaan gagal mendapat aksi persahabatan kelas A dengan negara-negara di rantau Asean sendiri, dan dipanaskan pula Setiausaha Agong FAM yang baru, Datuk Hamidin mengakui bahawa ranking dunia menjadi punca keengganan pasukan lain menentang skuad Harimau Malaya namun ia disanggah oleh Datuk Subahan Kamal dan jurulatih Harimau Malaya Dato K Rajagopal yang mendakwa mereka akan mendapat aksi berkualiti, walaupun menentang pasukan berstatus kelab.

Namun penulis ingin membangkitkan satu isu, iaitu adakah perlu skuad kebangsaan negara menentang Chelsea & Barcelona atau membuat skuad khas seperti Malaysia Selection yang dianggotai oleh pemain top form liga, termasuk pemain import?

Penulis berpendapat bahawa perlawanan sebegini pastinya mendapat perhatian ramai, oleh yang demikian penulis berpendapat seharusnya pemain import juga dipanggil berlatih bersama dan beraksi bersama bintang dunia, sekali gus memberikan kekuatan berbeza dan saingan yang lebih kepada Chelsea & Barcelona, seperti yang dilakukan oleh Thailand semalam selepas menundukkan Manchester United 1-0 serta pasukan Indonesia Selection yang akan menentang Arsenal.

Penulis bukanlah menidakkan kekuatan anak tempatan, mahupun peluang bereksperimen oleh Dato K Rajagopal tetapi ia adalah perlawanan pemanas badan bagi Chelsea & Barcelona dan mereka juga tidak akan bermain secara 100%, jadi dalam perlawanan sedemikian tidak perlu bereksperimen bersama mereka. Cuma apa yang penulis cadangkan adalah selepas ini, satu selection menggabungkan pemain import terbaik dan pemain tempatan terbaik digabungkan menjadi satu skuad untuk menentang pasukan seperti Chelsea & Barcelona. Pastinya semua peminat ingin menyaksikan Khairul Fahmi di penjaga gol, dibantu Mahali di bahagian kanan, Fadhli Shas dan Obinna di pertahanan tengah, bahagian tengah antara Nazmi,Piya dan Shakir serta bahagian serangan oleh Marlon Alex James, Forkey Doe dan Dickson serta bahagian simpanan dianggotai oleh Amri, Farizal Marlias, Patrick Ronaldinho, Paulo Rangel. Pastinya satu suasana excitement dapat dilakar di bukit jalil nanti.

Apa pula kata anda?

Comments
  1. Anonymous says:

    Setuju dengan pendapat admin blog ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s