Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yang semua ketahui, pengurus baru Chelsea FC telah pun dlantik, apabila Jose Mourinho kembali memgemudi bekas pasukannya sebelum ini. Semua peminat bola sepak Inggeris pastinya mengingati dan menantikan kehadiran semua “The Happy One” ke Chelsea dimana sebelum ini Jose Mourinho telah meraih 2 kejuaraan liga Inggeris, 2 kejuaraan Piala Liga dan 1 kejuaraan Piala FA dalam tempoh yang singkat, iaitu 3 tahun.

Setelah berkelana merantau eropah dengan mengemudi Inter Milan dan Real Madrid, kini Jose Mourinho kembali ke kancah liga yang ditonton ramai penyokong bola sepak. Apakah impak yang bakal dibawa oleh Jose Mourinho di Chelsea pada musim ini?

1) Kemasukan ramai pemain muda berbakat.

Setakat ini Chelsea telah pun memulakan langkah ini apabila mendapatkan khidmat Juan Mata, Eden Hazard dan Oscar serta Cesar Azpilicueta. Kemudian, dengan kehadiran Jose Mourinho, mereka mengikat dua orang pemain muda berbakat iaitu Marko Van Ginkel dan Andre Schurrle. Mereka juga sedang mengintai pemain seperti Bruma dan Eliquim Mangala. Jose Mourinho nampaknya mahu menggabungkan bakat-bakat muda ini bersama dengan pemain senior seperti Ashley Cole, John Terry, Petr Cech dan Frank Lampard dalam usaha mendidik pemain muda ini untuk bermain secara sepasukan dan mengutamakan pencapaian kelab daripada segalanya, sesuatu yang berjaya dibuat oleh Jose Mourinho di Inter Milan namun gagal melaksanakannya di Real Madrid.

2) Meningkatkan kekuatan jentera serangan

Ketika ini Chelsea mempunyai 3 pemain penyerang iaitu Demba Ba, Fernando Torres dan Romelo Lukaku. Jose Mourinho pastinya ingin mencari seorang penyerang yang “powerful” dari segi fizikal dan serangan, seperti Didier Drogba. Edison Cavani nampaknya mungkin akan ke PSG, jadi calon terbaik untuk posisi ini adalah sama ada Christian Benteke, Karim Benzema dan Wayne Rooney. Sekiranya salah seorang pemain ini ditandatangani, pastinya salah seorang sama ada Fernando Torres atau Demba Ba perlu meninggalkan Stamford Bridge.

3) Perubahan taktikal

Masih terlalu awal untuk menilai aspek ini kerana aksi Chelsea bersama Jose Mourinho masih belum dapat disaksikan lagi. Namun penulis membayangkan akan ada perubahan dari segi corak serangan dan pergerakan pasukan Chelsea dimana pemain-pemain terutama di bahagian tengah dan menyerang perlu lebih banyak roaming from position. Mungkin tidak ada satu center point seperti era Mourinho sebelum ini yang bermain dengan 4-3-3 dengan Drogba selaku target man dan diapit oleh Robben & Duff/Joe Cole namun pastinya Jose Mourinho mempunyai pelbagai pelan serangan, dimana dia boleh menggandingkan Hazard/Mata/Torres seperti biasa, atau Hazard/Andre/Lukaku seperti sebelum ini atau bermain tanpa centre point tetapi menambahkan pemain beroreintasikan serangan seperti Andre/Mata/Moses di hadapan.

4) Perang mulut

Setakat ini Jose Mourinho masih lagi belum membuat sebarang provokasi kepada mana-mana pengurus di BPL, termasuk kepada bekas musuhnya Arsene Wenger. Namun dengan ketiadaan Sir Alex Ferguson, sahabatnya yang juga teman permainan psikologi ini, mungkin kita akan menyaksikan Jose Mourinho yang berbeza dan kurang provokasi. Harus diingat bahawa Brenden Rogers adalah antara teman rapat Jose, begitu juga Andre Villas Boas yang juga bekas anak muridnya. Apapun, Jose Mourinho bakal mendapat apa yang dimahukan, a center of attraction.

Comments
  1. Aizat Ismail says:

    i can see chelsea will go neck-to-neck with Man Utd in the title race. City still adapting to Pellegrini new style, while Arsenal and Liverpool will have the same script as last season.Tottenham?they need 2 top striker first.Mourinho will bring huge impact in his first season like he did in the past

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s