Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1 Julai 2013. Tarikh ini telah sah dan sahih kemasukan dan perlantikan bekas pengurus Everton, David Moyes menggantikan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus baru pasukan Manchester United. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi beliau untuk meneruskan legasi Ferguson di Manchester United, selain meneruskan impian meraih kejuaraan Eropah serta mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Kemasukan Moyes mungkin masih dipersoalkan, apatah lagi beliau tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sewaktu bersama Everton, dengan pencapaian terbaiknya adalah memasuki final Piala FA pada tahun 2009/2010 serta layak ke kelayakan Uefa Champions League. Namun, elemen kesetiaan berada di satu kelab antara punca kenapa Moyes dipilih dan bukannya Mourinho. Satu lagi adalah kerana kebijaksanaannya dalam transfer window dalam membeli pemain yang bukanlah satu nama yang besar tetapi mampu memberi sumbangan kepada pasukan secara keseluruhan. Contoh terbaik pembeliannya adalah Leighton Baines, Marouane Fellaini dan Nikica Jelavic serta Steven Pienaar yang memberi sumbangan yang efektif kepada Everton.

Namun, ada perkara yang perlu dilaksanakan oleh David Moyes bagi menguatkan lagi jentera pasukan Manchester United, selain peminat sendiri ternanti-nanti apakah tactical approach yang bakal dilaksanakan oleh David Moyes di Manchester United.

1) Mendapatkan pemain tengah bertahan dan playmaker.

Ini adalah satu kekurangan terbesar Manchester United. Ketika ini hanya Michael Carrick yang benar-benar memberi sumbangan yang besar. Prestasi tidak konsisten Anderson & Tom Cleverly kadangkala merisaukan, apatah lagi di perlawanan besar, sehinggakan Paul Scholes & Ryan Giggs perlu step in, dan even Wayne Rooney terpaksa bermain out of position untuk menggerakkan jentera serangan mereka. Ketika peminat kini menanti kemasukan Thiago Alcantra, pemain tengah bertahan juga perlu bagi meringankan beban Carrick. Fellaini adalah calon favorite namun seharusnya pemain yang mempunyai permainan fizikal yang baik seperti Khedira dan De Rossi adalah perlu sebagai shield kepada back four bagi memberi license kepada Thiago untuk membuat hantaran tepat serta memudahkan Kawaga untuk roam forward. De Rossi-Thiago-Kagawa. Sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

2) Taktikal approach oleh David Moyes.

Persamaan taktikal oleh Ferguson & Moyes adalah kedua-duanya gemar menyerang melalui bahagian sayap, namun perbezaannya adalah Ferguson menggunakan pemain sayap seperti Valencia & Young untuk membuat hantaran, dan Valencia pula lebih kepada classic winger yang kerap membuat hantaran daripada byline. Moyes pula menggunakan larian kencang Seamus Coleman untuk masuk dan cut inside manakala Baines membuat early cross atau deep cross, sesuatu yang memberi variasi serangan daripada bahagian kiri dan kanan. Sekiranya Baines menyertai Man United, maka akan ada lagi additional sources untuk serangan, iaitu hantaran sebelah kiri, sesuatu yang Evra tidak laksanakan kerana Evra lebih kepada physical presence dan membuat hantaran pendek berbanding Baines.

3) Wayne Rooney, perlu kekal atau tidak

Ini adalah isu awal yang perlu diselesaikan oleh David Moyes. Dari satu sudut, mungkin Rooney sudah pun mencapai tahap tertingginya, dan kini dia sebenarnya bergelut, ataupun secara mudahnya Rooney sudah peak terlalu awal. Tetapi mungkin sekiranya Rooney diletakkan selaku pemain penyerang utama, sama ada penyerang tunggal atau bergandingan dengan Robin Van Persie, ia boleh menaikkan kembali kareer gemilangnya. Rooney sebenarnya tidak gemar bermain di luar posisinya, sesuatu yang berlaku ketika Ferguson mengemudi United, dengan meletakkannya di bahagian tengah selaku playmaker, atau di bahagian sayap kiri sewaktu Cristiano Ronaldo bermain di United dan pernah diletakkan di bahagaian sayap kanan bagi memberi ruang kepada Dimitar Berbatov. Tetapi, ia berkait kepada point no 2, iaitu apakah taktikal plan yang bakal dibuat oleh David Moyes, sama ada bermain dengan formasi traditional 4-4-2 dengan Wayne Rooney & RVP bergandingan bersama atau formasi lain yang memberi manfaat secara sepasukan, dimana ketika ini mungkin Wayne Rooney akan kerap memanaskan bangku simpanan. tetapi mungkin, wayne rooney tidak akan meninggalkan manchester united.

Comments
  1. Aizat Ismail says:

    Good artikel. Obviously Man Utd need a new central midfilder to combine with Carrick since Paul Scholes is no longer in the scene. Big question why Sir Alex never put priority in midfield but opted to buy more strikers like Angelo Henriquez and van Persie. If Thiago come, he’ll move to wing since United never have central midfield who can dribble.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s