Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Minggu ini semua peminat akhirnya telah menyaksikan juara baru bagi Liga Super kita, dimana kali ini liga kita menerima juara baru yang menjulang trofi liga, iaitu pasukan jemputan daripada seberang tambak, Lions XII. Hasil kemenangan 4-0 mereka ke atas Felda United, kemenangan pasukan seperti Selangor dan JDT tidak dapat menghalang Lions XII untuk menjulang trofi liga.

Disini, kita selaku pasukan tempatan hanya dapat melihat dari jauh, pemain Lions XII bersorak meraikan kejayaan mereka, ketika kita termangu-mangu disini, memikirkan 1001 helah untuk menewaskan mereka, bermain psikologi ketika Lions beraksi di tempat kita, mereka masih kekal gagah untuk mendapat apa yang perlu. 1 mata di tempat lawan dan aksi konsisten di tempat sendiri. Jika diimbas kembali, pasukan Selangor, JDT serta ATM semuanya berpeluang untuk menjadi juara tetapi yang mengecewakan kita adalah kurangnya aksi konsisten di tempat sendiri. Selangor merekodkan banyak keputusan seri, termasuk di tempat sendiri di mana ada aksi yang seharusnya dimenangi namun gagal diperolehi. Begitu juga dengan JDT. ATM pula menurun prestasinya di hujung saingan, terutamanya selepas tewas di tangan Negeri Sembilan, dan makin parah apabila kerap kehilangan pemain utama. Pahang, Kelantan, Terengganu dan PKNS masing-masing memberi saingan yang baik, seperti PKNS yang menundukkan Lions XII dua kali di gelanggang sendiri, namun sekali lagi, aksi kurang konsisten dipamerkan, terutamanya Kelantan dengan permulaan yang mengecewakan bagi pasukan yang berstatus juara bertahan.

Jangan dipersoalkan kehebatan Lions XII. Jangan dipersoalkan kehebatan mereka yang mempunyai kelebihan ketika beraksi di Stadium Jalan Besar, kerana mereka menggunakan kelebihan mereka semaksimum mungkin, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh pasukan kita ketika beraksi di tempat sendiri. Jangan dipersoalkan taktik seperti wasting time dan park the bus oleh Lions XII, ketika taktikal pasukan kita sendiri masih lagi di takuk lama.

Apa yang pasti, Liga Super kita semakin sengit. Semakin ditonton ramai.

Comments
  1. Aizat Ismail says:

    sy setuju team lain jgn persoalkan kehebatan Lions XII. Singapore dh lame invest in their footbal and btul2 follow FIFA requirement and advice to become good football team mcm Europe nation. Lions XII sgt2 jauh brbanding Mlysia punye development. Pkai player u-23 pun setanding dgn our ‘star’ mcm Mat Yo, Safiq Rahim or Hairuddin Omar.FAM trlalu sombong utk berubah.

  2. Tan J K says:

    JDT kurang consistent dan banyak bergantung kpd Aidil di pertahanan, satukelemahan ketara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s