Sembang Bola Malaysia: Tahniah Kelantan, Juara Piala FA 2013

Posted: June 30, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir Piala FA di antara gergasi pantai timur Kelantan dan gergasi selatan JDT. Tahniah juga kepada Piya kerana berjaya dinobatkan selaku pemain terbaik malam tadi. Tahniah juga diucapkan kepada para penyokong kedua-dua pasukan kerana berjaya memeriahkan malam final Piala FA, terutamanya BOS (penyokong Johor) yang masih kekal berada di stadium menyokong JDT hingga akhir wisel.

Senario inilah yang kita mahukan. Senario di mana penyokong memenuhi stadium, bersorak menyokong pasukan kesayangan mereka, kekal di stadium hingga akhir perlawanan. Senario ini juga mula kembali di perlawanan liga, terima kasih diucapkan kepada seluruh ultras setiap pasukan yang bersusah payah datang memeriahkan perlawanan bola sepak Malaysia. Diharapkan FAM dapat membuka mata dan melihat betapa bersungguhnya peminat bola sepak tanah air menyokong bola sepak Malaysia.

Ulasan mengenai perlawanan malam tadi. Secara jujurnya melihat kepada keseluruhan perlawanan, Kelantan selayaknya menang walaupun ball posession memihak kepada JDT. Perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan adalah jentera tengah Kelantan berfungsi lebih baik berbanding JDT. Piya selaku creator & passer dibantu oleh Shakir yang menjadi ball winning dan anchor man menjadikan permainan Kelantan malam tadi tersusun. Juga barisan serangan Kelantan yang aktif iaitu Norfarhan dan Dickson yang kemudiannya dibantu Indra menjadikan mereka satu pasukan yang berbahaya setiap kali melakukan serangan. Tetapi kunci kemenangan mereka adalah semangat berpasukan Kelantan yang bertahan dan menyerang secara berpasukan. Dapat dilihat ketika Mat Yo & Nunez mendapat bola, ada 3 pemain Kelantan menganggu dan menutup ruang, dan ketika menyerang mereka ada Piya, Indra, Dickson dan Norfarhan dan dibantu oleh Shakir yang cepat memenangi bola. Ini punca sebenar kemenangan Kelantan.

Tidak dinafikan JDT mempunyai peratusan kawalan bola yang tinggi, tetapi mereka tidak dapat membuka permainan dan mencipta peluang, kecuali di babak akhir perlawanan. Percaturan Fandi memulakan perlawanan dengan Safee Sali agak berisiko dan keputusan mengeluarkannya seawal minit 16 adalah keputusan yang mengejutkan, dikala bench JDT sebenarnya memerlukan Safee sebagai super sub untuk mengubah permainan di minit 70 ke atas. Ketiadaan pemain di bench JDT yang boleh mengubah perlawanan to their favour juga satu perkara yang perlu diperbaiki oleh JDT. Penulis berpendapat seharusnya Ezrie & Jazarin memulakan perlawanan dan Andrezinho bermain dihadapan mereka dengan role Ezrie sebagai destroyer, Jazarin sebagai passer dan Andrezinho selaku creator. Role sebegini membantu Nunez untuk tidak kerap turun ke tengah untuk mendapatkan bola kerana itu JDT tidak dapat menyerang. Kegagalan pemain JDT untuk bermain secara berpasukan, iaitu memberi sebanyak mungkin support ketika menyerang dan bertahan juga punca kegagalan mereka. Taktikal Fandi mungkin tidak sampai kepada pemain seperti Safiq yang tidak pasti apa peranannya malam itu sehingga memaksa JDT kembali ke ‘perangai asal’ iaitu individual game dan attacking bermula dari bahagian sayap, namun apabila bola dihantar tidak ramai pemain JDT di dalam kotak penalti, dan kehadiran Nunez dan Mat Yo sahaja tidak cukup untuk melawan 4-5 pertahanan Kelantan yang bersedia membuat clearance. Perkara ini perlu diperbaiki dengan segera oleh Fandi.

Namun, permainan sudah tamat. Kelantan juara Piala FA tahun ini. Tahniah untuk mereka dan untuk JDT, mantapkan lagi pasukan dan taktikal anda dan cuba lagi tahun hadapan. Anda telah cuba membuat sedaya yang boleh. Tahniah juga untuk JDT kerana layak ke final

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s