Sembang Bola Malaysia: Lions XII Juara Liga Super?

Posted: June 23, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Liga Super kita semakin menghampiri penamatnya, dan ketika ini pasukan jemputan Lions XII kini mendahului persada liga, dengan mendahului pasukan JDT, ATM dan Selangor. Keputusan seri di Stadium Jalan Besar semalam memberikan mereka sedikit kelebihan untuk menjadi juara liga.

Jika dilihat daripada aksi mereka, harus diakui bahawa mereka adalah pasukan yang paling konsisten dalam liga. Mereka tidak pernah tewas di tempat sendiri, hanya seri sekali sahaja dengan JDT semalam, dan kerap mencatatkan keputusan seri di arena lawan atau menang dengan pasukan seperti Terengganu, dan aksi mereka sebenarnya semakin konsisten pada pusingan kedua liga. Aksi mereka di gelanggang sendiri dibantu padang sintetik memberi kelebihan kepada mereka, namun sebenarnya aksi separuh masa pertama oleh JDT sebenarnya memberi kerisauan kepada mereka. Ditambah pula dengan kebanyakan pasukan yang lebih gemar beraksi defensif dan mengharapkan seri di Stadium Jalan Besar sebenarnya memberi tekanan yang lebih kepada pasukan-pasukan kita ketika beraksi di sana.

Taktikal coach V Sundramoorthy ketika bermain di gelanggang lawan adalah sama di mana-mana aksi dengan pasukan kita, iaitu bermain counter attack dengan cepat ketika lawan leka menyerang, dan ia dapat dilihat apabila Shahril Ishak menjadi lone striker di atas, dan apabila bola tiba dikakinya, dia pantas membuka ruang di bahagian sayap untuk penetrate masuk ke dalam dengan dibantu pemain seperti Isa Halim & Harris Harun di bahagian tengah untuk memenangi bola dan pemain sayap lain. Sekiranya gagal, maka mereka akan “park the bus” seramai mungkin dan mengabaikan aksi serangan kerana yang penting, dapatkan 1 mata daripada tewas.

Aksi terakhir mereka menentang Perak & Kelantan selepas ini akan diperhati penuh teliti oleh peminat bola sepak kita. Disamping itu aksi JDT, ATM & Selangor juga akan merubah keadaan carta liga. Walaupun peminat mungkin terpaksa menerima hakikat Lions XII juara liga kita, namun di satu sudut, liga kita semakin kompetetif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s