Sembang Bola Malaysia: Berbaloikah latihan di Australia & Wan Zack harus kekal di Jepun

Posted: June 16, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Minggu ini kita selaku peminat bola sepak telah disajikan dengan khabar berita mengenai skuad Harimau Malaya yang menjalani latihan dan aksi persahabatan dengan kelab-kelab di Australia, dimana skuad Harimau Malaya telah merekodkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan di sana. Persoalannya, ketika negara-negara serantau melakukan aksi persahabatan dengan negara luar, adakah latihan di Australia ini mendatangkan manfaat yang positif?

Dari satu sudut, antara aspek positif adalah dimana Dato K Rajagopal berjaya untuk menjalankan dan meneruskan eksperimennya, terutama dari segi pengambilan pemain-pemain baru dan baru menyertai skuad Harimau Malaya seperti Nazmi Faiz dan Nazrin Nawi yang dilihat mencuri tumpuan. Aksi Safee Sali yang bukan sahaja mendapat sentuhan gol, tetapi sumbangannya kepada Amri Yahyah yang meledak hattrik menentang Sydney Olympic FC pastinya melegakan kem Harimau Malaya. Dari segi ini, pastinya Dato K Rajagopal menganggap latihan di Australia mencapai matlamat. Mungkin Dato K Rajagopal mengambil jalan selamat untuk pemain-pemain baru beraksi bersama skuad kebangsaan dengan memberi peluang mereka bermain dan menentang pemain kelab luar berbanding mendedahkan mereka menentang skuad negara luar dimana mereka mungkin berasa gugup. Ini mungkin juga method coach untuk memberi dan mendedahkan mereka dengan situasi aksi luar negara dan menaikkan keyakinan mereka untuk mereka terus beraksi bersama skuad kebangsaan. Eksperimen lain seperti menggandingkan Safee-Amri juga dilihat menjadi.

Dari sudut lain, seharusnya juga selepas ini dipertimbangkan untuk memperbanyakkan lagi aksi bersama negara-negara yang setanding dari segi ranking. Ia juga satu pendedahan yang bagus dan lebih bermutu, seperti Wan Zack Haikal yang meledak hatrik menentang skuad Sri Lanka dimana daripada perlawanan ini, ia telah menaikkan mutu dan keyakinan beliau. Pemain seperti Nazrin Nawi, Nazmi Faiz dan Fauzi Roslan sudah perlu mula diberi peluang dengan cepat tanpa terlalu mengharap kepada Safee, Norshahrul dan Amri Yahyah. Dari segi ini juga Dato K Rajagopal juga harus dan seharusnya bereksperimen dengan taktikal yang baru supaya kita ada banyak game plan untuk beraksi dalam kelayakan Piala AFC nanti.

Minggu ini juga kecoh dengan berita sebuah pasukan Liga M yang ingin melamat Wan Zack Haikal kembali ke Liga M, dan menimbulkan rasa kurang senang Ong Kim Swee. Penulis setuju dengan respon daripada Tan Sri Annuar Musa dimana pasukan-pasukan mempunyai hak untuk berhubung dan membuat enquiry tentang pemain yang dikehendaki dan seterusnya terpulang kepada pemain dan kelab yang diwakilinya untuk melepaskan atau tidak. Ia adalah proses normal. Namun penulis faham frustration Ong Kim Swee yang sememangnya mahukan lebih ramai pemain negara keluar bermain di luar negara. Ia membuktikan bahawa pemain kita berbakat dan boleh “dijual” ke luar negara. Ketika inilah kita harus lebih kerap lahirkan seberapa ramai pemain muda berbakat lain untuk menggantikan mereka.

P/S: Dikhabarkan ada skuad Liga A mahukan Safee. Diharap ia menjadi kenyataan. Itu juga impian Safee

Comments
  1. Katak Comel says:

    sebuah entri yg menarik..
    hrp2 skuad Harimau Malaya akan melangkah ke satu tahap yg lebih tggi lgi slps ini..
    Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s