Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nampaknya suhu liga bola sepak Malaysia mendidih-didih, dengan apa yang boleh dikatakan sebagai kebangkitan bola sepak Malaysia dari pelbagai aspek. Sebelum itu, tahniah penulis ucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin kerana dilantik mengemudi Kementerian Belia & Sukan. Penulis melihat ia sebagai pemilihan yang tepat, apatah lagi dengan passion yang dimiliki untuk membangunkan sukan Malaysia, khususnya sukan-sukan teras seperti Bola Sepak & Badminton.

Isu bookie yang makin menjadi-jadi, ‘kesedaran semula’ FAM dalam memerangi isu ini, kebanjiran penonton sehingga aksi terpaksa ditunda antara topik hangat sejak kebelakangan ini. Isu bookie yang menjadi-jadi ini mula tercetus apabila kain rentang menunjukkan keputusan bookie 5-fans 0 di perlawanan Sime Darby & KL menjadi kenyataan, sehingga menjadi isu dan khabar angin mengatakan berkemungkinan KL akan menarik diri dari liga musim hadapan. Benar atau tidak, kesahihannya belum pasti. Namun isu bookie yang dikatakan mengancam keselamatan pemain adalah bukti isu ini menjadi serius. Langkah proaktif KBS untuk meminta persatuan mewujudkan Jawatankuasa Intergriti patut dipuji namun seharusnya FAM sudah awal-awal lagi buka mata ddan buat langkah proaktif dengan segera, dan tidak menunggu isu ini berlarutan untuk bertindak.

Baru-baru ini, perlawanan antara Pahang & JDT di stadium darulmakmur ditunda kerana penyokong melebihi kapasiti stadium adalah sesuatu yang boleh dilihat dari dua aspek. Pertama, ia menunjukkan bahawa Liga Malaysia sebenarnya hidup dan mempunyai penyokong yang ramai serta memeriahkan lagi suasana liga kita. Namun perkara sedemikian menunjukkan bahawa ada isu lain seperti kemungkinan wujudnya ulat tiket menyebabkan perkara ini berlaku, serta kegagalan bahagian keselamatan untuk mengasingkan penonton. Satu perkara yang perlu diteliti di masa hadapan bukan untuk kedua-dua pasukan ini sahaja bahkan untuk pasukan-pasukan lain. Penulis mengucapkan tahniah kepada JDT kerana layak ke final selepas aksi mereka menewaskan pahang menerusi away goal semalam.

FAM dilihat seperti tidak senang duduk apabila YB Khairy mula mengemudi KBS. Kenyataan YB Khairy semalam menunjukkan bahawa ada asanya kritikan beliau semalam. Nampaknya Presiden FAM mula merasakan FAM semakin dikritik dari segenap aspek. Bagi penulis, ini adalah untuk kemajuan bola sepak malaysia, dan sebagai pengendali bola sepak Malaysia, FAM perlulah ‘tebal muka’, akui kesalahan dan memperbaiki bola sepak malaysia dan DENGAR kritikan positif KBS serta peminat. Janganlah terlalu cepat melenting.

“Denial is also part of an admission”

Selamat berhujung minggu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s