Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sejak era kebangkitan bola sepak Malaysia, terutamanya selepas kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan Sea tahun 2009, dan ditambah pula dengan kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki 2010, semakin ramai yang mula mendekatkan diri dengan bola sepak Malaysia. Keadaan ini dibuktikan lagi apabila mula bercambahnya Ultras-Ultras selepas kewujudan Ultras Malaya, hingga kini setiap negeri sudah ada team ultras masing-masing. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan bahawa bola sepak Malaysia kini semakin diperhati dan diminati rakyat.

Antara perkara yang semakin menarik perhatian adalah pertambahan golongan generasi muda wanita yang mula meminati bola sepak, termasuk bola sepak tanah air. Mungkin pada awalnya minat ini hanyalah kepada pemain bola sepak, terutamanya BPL dan La Liga, dengan nama-nama seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, Steven Gerrard dan Frank Lampard menjadi igauan mereka, dengan kekacakan serta kehebatan mereka. Ataupun ada yang meminati bola sepak kerana buah hati mereka adalah seorang kaki bola. Kini, mereka bukan sahaja meminati bola sepak luar negara, malah juga meminati bola sepak tanah air. Nama-nama seperti Khairul Fahmi, Aidil Zafuan, Safee Sali, Safiq Rahim dan Mahali Jasuli menjadi nama yang disebut-sebut sebagai pemain kegemaran mereka.

Kehadiran mereka juga ibarat penyeri dalam golongan peminat dan pencinta bola sepak. Pastinya kehadiran mereka ini bukanlah sebagai untuk memeriahkan majlis, tetapi bersatu bersorak menyokong skuad Harimau Malaya. Malah, tak dinafikan juga mereka mempunyai minat yang mendalam, bukan sahaja minat dan bercerita mengenai pemain, malah mempunyai minat, idea serta pandangan yang bernas tentang apa yang perlu bagi membangunkan bola sepak kita.

Kehadiran wanita dalam sukan bola sepak juga secara globalnya sudah ada. Malah, mereka kini mula diberi peluang untuk terlibat dalam bola sepak. Kita dapat lihat di Malaysia dan di Eropah, dimana sudah ada pengadil wanita yang mula diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan. Malah, skuad bola sepak wanita juga wujud dan bermain dengan baik, dan dibuktikan dengan kejohanan Piala Dunia Wanita. Di Malaysia juga sukan bola sepak walaupun tidak begitu dimainkan oleh golongan hawa, mereka aktif dalam futsal, sesuatu yang kini semakin bercambah dalam masyarakat.

Kehadiran mereka juga memberi impak dalam dunia penyiaran. Pastinya golongan lelaki gemar menyaksikan penyampai wanita menjadi hos atau pemberita berkenaan dunia bola sepak, yang kita boleh saksikan seperti rancangan Football Overload & Fan Zone di England. Pokoknya, wanita kini, terutamanya generasi kini sudah mula meminati bola sepak, dan sedia bersama-sama berganding bahu memajukan industri bola sepak, terutamanya bola sepak tanah air. Mungkin satu hari nanti kita dapat menyaksikan pengadil wanita mengadili perlawanan bola sepak di Liga Super?

Pandangan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s