Dato K Rajagopal mangsa terbaru Artikel 88; apakah tiada hak bersuara dalam FAM?

Posted: March 30, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Disebalik prestasi turun naik pasukan kebangsaan baru-baru ini (tewas 4-1 dengan Arab Saudi & 2-0 dengan Palestin, menang 2-1 dengan Yemen), terdapat pula isu lain yang hangat ketika ini. Ketua jurulatih kebangsaan, Dato K Rajagopal berkemungkinan dikenakan tindakan di bawah Artikel 88 FAM kerana memberi pendapat kekurangan penyerang semula jadi dalam Liga Super, sesuatu yang seharusnya diterima sebagai pendapat yang benar daripada pengendali tersebut.

Penulis tidak mahu ulas mengenai perlunya Artikel ini dipinda kerana ia sudah ditulis sebelum ini. Sejujurnya, penulis melihat bahawa untuk memajukan sesebuah perkara, hak kebebasan bersuara itu perlu diberi dengan sebaik mungkin. Benar, jika dilihat dari sudut perundangan sekalipun, terutamanya Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, hak kebebasan bersuara diberikan namun tertakluk kepada beberapa perkara (boleh rujuk Perlembagaan Persekutuan). Disini FAM meletakkan bahawa hanya Presiden dan Setiausaha Agong sahaja berhak memberi pendapat mereka di media, dan ahli-ahli lain perlu merujuk kepada FAM terlebih dahulu sebelum dihebahkan di dalam media. Disini dapat dilihat sebenarnya bahawa Artikel 88 ini satu artikel yang bertindak dalam situasi straight forward. Bermakna, selain daripada jawatan-jawatan ini, ahli FAM yang lain tidak boleh beri kenyataan di media, termasuk pengendali skuad kebangsaan.

Sebab ituah timbulnya cadangan supaya Artikel ini sama ada dipinda atau dibuang terus, walaupun secara jujurnya bagi penulis ia perlu dipinda supaya ia menjadi satu garis panduan. Analogi yang mudah disini adalah sekiranya jurulatih tidak boleh memberi pendapat kepada media atas skuadnya, yang dipilih sendiri oleh jurulatih, siapa lagi yang boleh memberi pendapat? Pengurus pasukan? Kalau diberi pun akan dikenakan tindakan. Artikel ini sebenarnya boleh diperbaiki dengan penjelasan dari segi perlaksanaannya. Mungkin boleh dicadangkan supaya ahli jawatankuasa tertinggi (termasuk naib presiden, jurulatih kebangsaan dan jurulatih pasukan2) diberi hak untuk memberi pendapat di media untuk apa-apa isu berkaitan pentadbiran bola sepak serta skuad kebangsaan. Jangan lupa, isu yang diutarakan ini juga hampir sama berlaku di England dimana ketika itu mereka kekurangan penjaga gol berkualiti selepas era David James di mana penjaga go top four pasukan BPL bukanlah warga England sehingga timbul idea untuk memberi kerakyatan kepada Manuel Almunia, penjaga gol warga negara Sepanyol. Juga timbul isu kebanjiran pemain import melebihi pemain kelahiran England sendiri. FA England dapat menerima kritikan dan pendapat ini dengan hati terbuka tanpa menghukum mereka dengan penggantungan selama enam bulan hingga setahun. Di Malaysia? Pastinya digantung 6 bulan paling minimum. Bagaimana pula dengan kareer mereka?

Diminta FAM mengamalkan isu menerima kritikan dan pendapat kerana kesemua ini adalah untuk membangunkan bola sepak Malaysia, dan kritikan tersebut tidak sekali menjatuhkan maruah FAM. Malah,ia bertujuan untuk meminta dan membantu FAM mencari cara penyelesaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s