Sembang Bola Malaysia: Tahniah Wan Zack & Nazirul Naim, Ranking turun, aksi antarabangsa Malaysia

Posted: March 17, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Minggu ini akhirnya terjawab juga persoalan siapa yang dipilih oleh FC Ryukyu untuk beraksi di Divisyen 3 Liga J. Tahniah diucapkan kepada Wan Zack Haikal & Nazirul Naim kerana terpilih untuk beraksi di sana. Pastinya ini satu peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh kedua-dua pemain ini untuk meningkatkan kualiti permainan mereka serta kembali membantu pasukan sama ada Harimau Muda ataupun Harimau Malaya pada aksi antarabangsa selepas ini. Diharapkan selepas ini semakin ramai pemain skuad Harimau Muda kita dipilih beraksi di luar negara. Dikatakan Irfan Fazail & Rozaimi Abdul Rahman juga dalam pemerhatian pasukan di Liga Australia. Jika benar, ini satu gambaran yang baik berkenaan prospek skuad muda kita. Sekiranya mereka terpilih, maka ia memberi keuntungan yang besar kepada kita di masa akan datang dan ketiadaan mereka memberi peluang pemain-pemain lain untuk beraksi lebih kerap, menunjukkan prestasi yang mantap dan memberi lebih banyak pilihan kepada coach Ong Kim Swee dan Datuk K Rajagopal.

Juga hangat pada minggu ini adalah kejatuhan ranking kita ke tangga 160. Ini sebenarnya bukan satu gambaran yang baik walaupun Datuk K Rajagopal sering menegaskan bahawa ranking tidak penting kerana tidak mencerminkan kekuatan sesebuah pasukan. Penulis melihat dari dua sudut. Pertama ia penting kerana dua sebab, iaitu ia memudahkan kita dapat mengatur perlawanan persahabatan berkualiti dengan pasukan di ranking yang lebih tinggi, sekaligus mendapat mata yang banyak dan menaikkan ranking kita. Kedua, dengan ranking yang rendah, kita ada peluang yang cukup besar untuk diundi bertemu pasukan gergasi Asia di AFC jika kita layak ke Piala Asia, dan dari segi itu, ia satu perkara yang merugikan kita kerana melawan pasukan gergasi lebih awal, dan mengurangkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

Dari satu sudut, penulis percaya bahawa ada logiknya kata-kata Datuk K Rajagopal yang melihat banyak aksi kejutan oleh pasukan ranking rendah mengejutkan pasukan ranking yang tinggi, seperti yang dilihat pada kebanyakan pertandingan seperti Piala Asia, Piala Dunia dan Piala Konfederasi. Elemen kejutan ini kita tidak boleh nafikan, dan penulis percaya Datuk K Rajagopal sebenarnya berpegang pada prinsip ini, sekaligus menidakkan kepentingan ranking. Namun, harus diingat mereka hadir dengan kejutan menewaskan pasukan ranking tinggi serta terus menaikkan prestasi pasukan dengan aksi berkualiti secara berpasukan, tidak kira dari segi taktikal & teknik. Ini adalah satu perkara yang perlu diperbaiki oleh Harimau Malaya sebelum berkira-kira melakukan kejutan.

Aksi malam ini menentang Arab Saudi dan Yemen pada minggu depan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak. Pastinya kita mengharapkan kemenangan menentang Yemen dan aksi positif pada malam ini. Kehadiran Piya juga bakal menyaksikan sama ada adakah perubahan dari segi corak permainan Malaysia atau kita akan menyaksikan aksi Cat & Mouse malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s