Sembang Bola Malaysia: Aksi yo-yo sesetengah pasukan Liga M membimbangkan?

Posted: March 10, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini, selain daripada isu hangat Artikel 88 yang telah mendapat “mangsa” terbaru iaitu Tunku Mahkota Johor serta desakan untuk meminda Artikel ini, penulis melihat dan memerhati aksi dan keputusan-keputusan Liga Malaysia, khususnya Liga Super selepas rehat aksi antarabangsa hingga ke aksi malam tadi.

Jujurnya, penulis tidak pasti sama ada ini adalah satu fenomena ataupun satu perkara yang di luar jangkaan. Apa yang boleh dilihat adalah kebanyakan pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan, dan ini terbukti pada satu ketika, kesemua pasukan terikat 0-0. Selangor bermula baik dengan menang 2-0 ke atas Kelantan, namun tewas 2-0 ditangan ATM, seri 0-0 dengan PKNS & T-Team, tewas 0-1 dengan East Bengal di Kejohanan AFC sebelum membenam JDT 4-1 semalam.

Paling mengecewakan pastinya pasukan Pahang yang secara tiba-tiba gagal mempamer aksi konsisten seperti sebelum rehat, paling mengejutkan adalah tewas 3-1 di tangan PKNS di laman sendiri. Malang berterusan bagi pasukan Negeri Sembilan apabila masih belum dapat mencatat kemenangan setakat ini. Begitu juga dengan pasukan Kelantan yang masih lagi belum mempamerkan aksi seperti juara bertahan ketika ini, walaupun kebangkitan ditunjukkan oleh pemain seperti Keita Mandjou.

Bagi penulis, pasukan seperti ATM & Lions XI antara pasukan yang sebenarnya dapat mengekalkan kestabilan dan konsistensi setakat ini (selepas rehat aksi antarabangsa) dengan paling kurang berjaya mendapatkan 1 mata. Namun jika dilihat dari sudut positif, di sebalik kekecewaan penyokong pasukan-pasukan mereka dengan aksi yo-yo ini, ia menunjukkan bahawa banyak lagi kejutan yang tidak dijangka boleh berlaku dalam Liga Super. Apatah lagi gap antara pasukan ATM hingga ke kedudukan pasukan Terengganu hanya dibezakan dengan 7 mata. Penulis juga memuji pasukan Terengganu yang dilihat berjaya mendapatkan beberapa keputusan kemenangan, seperti menang 3-2 ke atas ATM dan terus mengutip 3 mata penuh bagi menjauhkan mereka dari zon penyingkiran selepas bermula hambar. Diharapkan aksi selepas ini, terutamanya selepas rehat yang panjang ini bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan untuk aksi menentang Yemen, dapat dimanfaatkan sebaiknya. Pemain juga perlu diberi rehat 1-3 hari sebelum memulakan semula latihan kerana jadual yang padat dimana hampir kesemua pasukan bermain 2 kali seminggu, sesuatu yang menguji ketahanan mental, fizikal dan fitness pemain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s