Sembang Bola Malaysia: FAM kebal dari kritikan?

Posted: February 23, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada minggu ini, selain aksi tumpuan di Liga M oleh pasukan-pasukan di Liga Super & Liga Perdana, tidak terlepas dari bicara peminat sukan adalah keputusan Jawatankuasa FAM menghukum Dato Seri Shahidan Kassim dan ‘mangsa kegemaran’ mereka, Kelantan FA. Keputusan menghukum Dato Seri Shahidan Kassim adalah kerana melanggar Artikel 88 kerana memberi ‘kritikan’ di media tanpa kebenaran seperti termaktub di bawah Aritkel 88. KAFA pula didenda kerana gagal mengawal penyokong sewaktu aksi di antara Kelantan & JDT di Kota Bharu.

Secara jujurnya, dilihat seperti FAM adalah suatu badan yang kebal dari sebarang kritikan, kecuali kritikan itu keluar daripada orang yang berhak sahaja. Jadi persoalannya di sini adalah di manakah hak ahli jawatankuasa yang lain bagi memberi pendapat mereka di media? Adakah mereka tidak mempunyai kuasa memberi pendapat mereka mengenai isu bola sepak di Malaysia seperti isu persembahan Harimau Malaya, mengkritik mutu pengadilan dan sebagainya?

Jika dilihat, lebih-lebih lagi pada musim ini, kesemua jurulatih mengambil pendekatan untuk tidak mengkritik pengadil jika mutu pengadilan dilihat tidak seperti yang diharapkan dari segi professionalisme. Kenapa? Kerana jika mereka membuka mulut dan mengkritik, mereka akan digantung mungkin sehingga 6 bulan dan didenda, seperti yang pernah dibuat ke atas B. Sathiananthan & Reduan Abdullah.

Isunya di sini ada dua. Pertama, Artikel 88 seperti dilihat satu jalan untuk membuatkan mereka kebal dari sebranag kritikan dari ahlinya, sedangkan daripada kritikan positif dan membina ini, ia satu cara untuk mereka membuat perubahan. Kedua, hukuman yang dikenakan adalah tidak masuk akal. Menghukum sehingga berbulan-bulan adalah tidak wajar kerana mereka memberi kritikan atas apa yang berlaku. Dari segi hukuman pula, seharusnya lebih rasional. Di Eropah misalnya seperti Liga Inggeris, mereka akan menyiasat dahulu kritikan. Jika benar, paling lama hukumannya adalah diketepikan dari bangku simpanan selama 7 perlawanan. Jika benar ada kesilapan ke atas pengadil, pengadil itu tidak akan mengendalikan perlawanan EPL, mungkin digantung beberapa perlawanan ataupun mengendalikan perlawanan liga bawahan. Mereka juga berani mengakui kesilapan pengadil seperti membatalkan semula keputusan kad merah yang diberi dalam perlawanan itu, tertakluk kepada jenis kesalahan, situasi dan rayuan pasukan. Menghukum berbulan-bulan bukan sahaja membebankan, tetapi sangat tidak masuk akal. Ia seperti membunuh kareer seorang jurulatih ataupun ahli FAM lain yang mengkritik.

Ingat, kritikan ini kritikan membina bagi memartabatkan bola sepak Malaysia. Tidakkah kita rasa malu jika perlawanan sengit yang berlangsung dibogelkan dengan aksi mutu pengadilan yang menghampakan?

FAM, buka mata. Jangan terlalu cepat menghukum & melenting.

P/S: Mencadangkan supaya Artikel 88 & Artikel-Artikel lain dalam perlembagaan FAM dipinda

Comments
  1. meizai says:

    fam kena rombak atau tak payah ada fam ;semua tk kena; bola malaysia tk akan maju dsbabkn fam terlalu angkuh tk bleh btolak ansur .silap sikit kena denda atau gntung.mutu pengadil malaysia tk pandai mcm tk skolah….contoh=prlawanan liga super jdt vs kel std larkin.fam baiki semula barulah bola malaysia akn mningkat arah kmjuan untuk smua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s