Sejak era Chelsea diambil alih oleh jutawan Russia, Roman Abramovich, antara perkara yang diingati adalah kekerapannya memecat dan menukar pengurus pasukan ini. Hampir sepuluh pengurus telah bertukar ganti dalam mengemudi pasukan The Blues. Tidak dinafikan kehadirannya mencetus evolusi baru dalam bola sepak, khususnya dalam berbelanja besar dalam mendapatkan pemain, dan itu juga satu faktor kebangkitan Chelsea dana bola sepak Inggeris dan Eropah.

Bermula daripada Claudio Ranieri, kemunculan the special one Jose Mourinho yang menaikkan imej Chelsea sebagai salah satu kelab digeruni, ia diteruskan dengan kehadiran pengurus seperit Guus Hiddink & Carlo Ancelotti. Kemerosotan Chelsea ketika ini bermula apabila Roberto di Matteo dipecat dan digantikan dengan Rafael Benitez, bekas pengurus Liverpool yang kerap kali menjadi musuh Chelsea ketika era Mourinho.

Kini, jika dilihat dalam aksi pasukan Chelsea kebelakangan ini, mereka tidak mampu mencatatkan kemenangan walaupun selesa mendahului lawan. Kekebalan benteng pertahanan, kekuatan fizikal dan juga kebolehan teknikal yang baik yang telah diterapkan oleh Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Roberto di Matteo semakin hilang. Keupayaan Rafa benitez mula dipersoal. Mampukah Chelsea bertahan atau tersungkur dari kelayakan otomatik ke Eropah?

Sama ada sedar atau tidak, pasukan Chelsea dibawah Rafa Benitez kerap kali tewas di perlawanan genting. Contohnya ketika final Piala Kelab-Kelab Dunia walaupun beraksi cemerlang di separuh akhir. Tersungkur dan tersingkir daripada Champions League. Kegagalan mengekalkan pendahuluan 2-0 apabila terikat di laman sendiri menentang Sunderland dan Reading di tempat lawan, tewas dengan kelab tercorot QPR di laman sendiri.

Ini juga tidak termasuk kemelut dalaman bersama pemilik yang diakuinya sendiri apabila sudah lama tidak berhubung sesama mereka, serta pertelingkahan yang dilaporkan baru berlaku dengan kaptennya John Terry serta kegagalan memberi jawapan sama ada untuk meneruskan atau tidak kontrak Frank Lampard yang semakin konsisten dengan jaringan gol pada hampir setiap perlawanan, sesuatu yang dilihat positif hasil rotation yang dibuat Roberto di Matteo.

Rafa Benitez ketika di Liverpool hanya mampu memberikan dua kejuaraan, Champions League 2005 dan FA Cup, serta Community Shield. Selain itu, gagal dan perebutan takhta EPL, dengan pencapaian terbaiknya adalah berada di tempat kedua dibelakang Manchester United. Di manakah silapnya di sini? Adakah Rafa Benitez punca permasalahan ini berlaku?

Sememangnya sukar memberi jawapan secara terus, namun dilihat kehadirannya gagal memberi kestabilan dalam pasukan. Seri 2-2 menentang Brentford adalah sesuatu di luar jangkaan. Keputusannya untuk tidak memberi lebih peluang kepada Demba Ba juga mungkin menjadi punca apatah lagi Fernando Torres tidak memberi impak seperti yang dimahukan Roman Abramovich. Barangkali ini sebenarnya punca utama Rafa benitez dilantik, untuk mengeluarkan apa yang terbaik daripada Torres seperti di Liverpool. Namun ini juga boleh menjadi punca beliau untuk dipecat pada hujung musim.

Kehadirannya juga tidak disenangi penyokong. Apatah lagi dalam aksi awalnya, Chelsea gagal memenangi perlawanan setelah terikat dengan keputusan seri di halaman sendiri, menjadi pengurus pertama dalam era Chelsea di bawah Roman Abramovich yang gagal merekodkan kemenangan di laman sendiri. Tidak dinafikan aksi 8-0 ke atas Aston Villa memberi harapan tetapi dengan ketinggalan lebih 16 mata berbanding 4 mata sebelum kehadirannya menunjukkan bahawa Rafa benitez berkemungkinan besar tidak akan kekal selepas ini.

Kecuali jika ada keajaiban besar berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s