Sembang Bola Malaysia: Padang tiruan v Padang biasa & kepentingan kualiti padang

Posted: February 16, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Penulis ada terbaca dan mendapat khabar daripada berita mengatakan beberapa padang bola sepak di Malaysia ini akan dinaikkan taraf dan akan menggunakan rumput tiruan (padang sintetik) berbanding rumput cowgrass (betulkan jika silap) yang kerap kali digunakan di Malaysia. Berita baik yang lain juga adalah pembinaan stadium khas bagi kelab Felda United dan juga banyak lagi padang bola sepak di negara ini yang akan diperbaiki lagi, seperti di Negeri Sembilan, Pahang dan khabarnya ada juga di Nusajaya, Johor.

Perkembangan ini sebenarnya satu perkara yang baik dan positif ditunjukkan. Apatah lagi jika dilihat di Lembah Klang, semakin berkurangan padang bola sepak, apatah lagi untuk mendapatkan padang bola sepak yang berkualiti. Secara jujurnya, ketika asyik menyaksikan aksi Liga Malaysia, dilihat para pasukan mula menitik beratkan aspek kualiti rumput di atas padang. Kita dapat lihat perubahan yang berlaku di Stadium Shah Alam, Stadium Darul Makmur, Stadium KLFA Cheras, Stadium Selayang dan juga Stadium Larkin yang mempunyai kualiti permukaan padang yang memuaskan dan kerap kali dijaga. Ini amat penting kerana memudahkan lagi gerakan bola dan melancarkan lagi taktikal pasukan. Ia juga antara cara untuk mengelakkan kecederaan pemain, apatah lagi jika permukaan padang itu terlalu keras ataupun beralun-alun.

Namun usaha ini perlu dibuat secara menyeluruh, terutamanya dari segi aspek penjagaan dan penyelenggaraan. Bagi penulis, tidak wajar bagi pihak2 lain menggunakan kawasan padang stadium untuk perkara lain selain bola sepak seperti konsert. Kos menjaga stadium dan kualiti padang ini amat besar. Seharusnya pihak pengurusan pasukan dan pihak perbandaran bekerjasama dalam hal ini.

Berbalik kepada isu padang rumput tiruan dan rumput asli, dilihat kos dari segi untuk menyediakan padang tiruan iaitu rumput sintetik adalah tinggi. Namun, dengan era bola sepak yang semakin membangun, pembinaan stadium atau padang yang menggunakan rumput sintetik ini ada relevannya. Ia membiasakan pemain untuk beraksi atas padang sintetik ini sebelum beraksi di Stadium Jalan Besar. Kos penyelenggaraannya juga tidak rumit seperti padang biasa, yang perlu kerap dipotong dan disiram. Ada yang mengatakan untuk menjaga keadaan padang di Old Trafford, mereka akan memotong rumput sebanyak dua kali seminggu dan menyiramnya sebanyak tiga kali seminggu. Ada juga penulis terbaca di sebuah artikel yang mengatakan bahawa bekas jurulatih England, Fabio Capello mahukan rumput di Stadium Wembley dikekalkan pada kepanjangan 20mm sahaja bagi memudahkan dan melicinkan pergerakan bola. Malah jika kita lihat di Nou Camp, padang mereka akan disiram pada sebelum perlawanan dan pada waktu separuh masa bagi memudahkan gerakan bola. Jose Mourinho juga menggunakan isu padang juga bagi menewaskan Barcelona sewaktu mengendalikan Inter Milan pada aksi Champions League separuh akhir, di mana apa yang dibuat adalah untuk tidak memotong rumput dengan kerap dan membiarkan rumput padang itu kering bagi melambatkan gerakan bola, sekaligus memberi kesukaran bagi pemain Barcelona untuk membuat short pass pada accuracy yang mereka inginkan. Sampai ke tahap itu pentingnya keadaan padang bagi pasukan.

Diharapkan dengan jumlah kewangan yang ada di kantung FAM, maka ini juga diberi penekanan oleh FAM kerana mereka seharusnya lebih peka dengan hal-hal ini termasuk isu pembangunan pemain dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s