Sembang Bola Malaysia: Tewas kepada Qatar, puji semangat juang tetapi jurang masih jauh

Posted: February 9, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Minggu ini masih lagi hangat diperkatakan isu Nazmi Faiz di dada akhbar dan media internet. Bagi penulis, diharapkan agar Nazmi membuat keputusan yang tepat dan semoga rezekinya ada untuk ke eropah atau bermain di luar negara selepas ini. Minggu ini juga masih heboh dibincangkan mengenai skuad Harimau Malaya yang tewas 0-2 di tangan Qatar pada aksi kelayakan Piala Asia 2015.

Jujurnya, setelah menonton perlawanan secara langsung di Astro Arena, penulis memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh kesemua pemain kita yang beraksi pada malam itu. Bermain di tempat lawan dengan cuaca sejuk serta keupayaan tinggi teknik dan taktikal adalah suatu yang memberi tekanan berbeza kepada pemain, dan kita seharusnya berbangga apatah lagi berjaya mengikat mereka 0-0 di separuh masa pertama. Kejutan DKRG menurunkan Mahali di bahagian tengah dan K.Ruben di pertahann kanan dilihat menjadi di separuh masa pertama.

Cuma dari segi taktikal dan teknik, memang semua akui masih wujud jurang yang begitu besar antara pemain kita dan pemain-pemain Asia Barat. Bukan sahaja menggunakan kekuatan fizikal, namun mereka memang lebih mantap dari segi teknik dan taktikal. Namun, bagi penulis, melihat skuad Harimau Malaya bermain malam itu, seperti sudah terancang pelan DKRG untuk mendapatkan keputusan seri dan bermain bertahan sepanjang 90 minit tanpa bolos, ataupun tewas tanpa margin yang besar. Kerana itu DKRG masih terus berbangga dengan prestasi skuad Harimau Malaya.

Harus diakui juga, teknik bertahan kita juga memakan diri sebenarnya kerana barisan tengah semakin berada di posisi yang deep sehingga ke barisan pertahanan, tanpa mencabar pemain Qatar yang mudah membuat hantaran satu-dua kerana mereka diberikan ruang yang secukupnya untuk berada selesa dengan bola. Teknik bertahan juga perlu dipertingkatkan lagi kerana untuk melawan dari segi kekuatan fizikal memang sukar, tetapi bagi penulis, teknik closing down lebih baik daripada man marking kerana pemain kita lebih mudah ditewaskan menerusi man marking dengan menggunakan kekuatan fizikal yang mereka ada.

Dengan keadaan padang yang cukup memuaskan, seharusnya dielakkan bermain hantaran jauh, namun perkara itu masih berlaku dengan kurangnya hantaran pendek. Ibarat kata pengulas, kita hanya dapat membuat 3 hantaran sahaja sebelum di rampas lawan. Bermakna, mereka tidak memberi ruang pemain kita selesa dengan bola namun kita memberikan mereka ruang yang sangat selesa ketika mereka mendapat bola. Itulah point yang sangat perlu diubah dari segi taktikal.

Penulis memuji semangat juang mereka bermain bermati-matian pada malam itu, namun secara jujurnya kita ada peluang untuk merencanakan serangan. Pertukaran yang mungkin bole mengubah permainan kita adalah mengeluarkan K Ruben yang kepenatan diseparuh masa kedua dengan Fauzi Roslan, kembalikan Mahali di posisi asal dan Amri bermain di bahagian tengah. Ini kerana apabila kita ada peluang menyerang, tiada pemain untuk menggerakkan bola ke hadapan, tiada hantaran kepada penyerang dan tiada pressure dan support daripada pemain serangan. Focus point kita dari segi serangan adalah Amri Yahyah namun tiada sokongan menyebabkan serangan kita mudah dipatahkan.

Diharapkan untuk aksi selepas ini menentang Yemen, kita mampu beroleh kemenangan dengan kembalinya pemain utama yang kerap kali dijadikan alasan oleh DKRG. Namun pemain seperti Norfarhan, Fauzi Roslan dan Amri Yahyah adalah pemain yang perlu terus berada dalam skuad ini kerana terbukti mereka boleh menghasilkan sesuatu. Mungkin gandingan Amri-Safee lebih mantap berbanding Norshahrul dan Safee? Semangat mereka perlu dipuji, tiada persoalan ke atas itu namun sampai bila nak harap semangat juang sahaja jika kemenangan gagal dicipta? Sampai bila nak bermain menggunakan kudrat daripada bermain dengan berfikir?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s