Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nampaknya di sebalik liga kita berehat hampir tiga minggu, masih ada berita yang mengejutkan bagi peminat bola sepak tanah air. Segalanya bermula dengan kontroversi twitter pemain Nazmi Faiz Mansor yang menjadi bualan ramai sehingga keputusan mengejutnya untuk kembali ke tanah air, dan dikhabarkan akan menyertai pasukan liga Super, PKNS FC.

Secara jujurnya, kepulangan Nazmi ke Malaysia bagi meneruskan kareernya di sini adalah satu keputusan yang mengejutkan semua pihak, sama ada Ong Kim Swee, FAM mahupun peminat bola sepak tanah air. Pastinya ada sesuatu yang berlaku antara Nazmi, ejennya Marco, kelab Beira Mar dan PKNS FC. Mungkin ada arrangement di antara mereka yang sudah dirancang, namun tidak pasti apakah perancangannya kerana kesemua pihak memilih untuk berdiam diri kecuali PKNS FC yang terus memaklumkan kejayaan mereka mendapatkan ‘wonderkid’ kita di akhbar tempatan.

Secara peribadinya, penulis dari satu sudut berasakan bahawa ini bukanlah satu langkah kehadapan yang diambil olehnya. Ini adalah a backward step yang dibuat olehnya untuk kembali beraksi di Liga Super. Hanya Nazmi yang tahu jawapannya kenapa dia memilih untuk kembali ke Malaysia dan memilih untuk beraksi di PKNS FC. Apa akan terjadi kepada FC Beira Mar nanti? Itu persoalan pokok yang perlu dihuraikan oleh Nazmi dan ejennya, bukan PKNS FC. Sekiranya Nazmi mengalami home sick, langkah yang bijak adalah dengan meminta satu break sebentar kepada FC Beira Mar, berehat di Malaysia sebelum pulang semula. Selepas itu boleh dibuat arrangement untuk membawa seorang warganegara Malaysia, mungkin ahli keluarganya, serta tukang masak dari Malaysia untuk menemaninya di sana bagi mengubat kerinduannya di Malaysia, seperti yang dibuat oleh pemain2 Jepun sewaktu awal2 mereka ke Eropah. Mereka membawa seorang translator dan tukang masak dari Jepun bagi mengelakkan isu homesick ini berlaku. Adakah akan ada lagi peluang baginya untuk beraksi di Eropah?

Namun semuanya sudah terlambat kerana Nazmi sudah pun berada di Malaysia. Diharapkan Wan Zack dan Wan Zaharulnizam yang telah ditawarkan kontrak ke FC Ryukyu di Liga J divisyen 3 nanti mampu untuk melakar kejayaan di sana. Berilah segala bantuan yang diperlukan mereka, khususnya dari segi mental agar kes Nazmi ini tidak terjadi kepada mereka.

FAM kini boleh juga mencari jalan untuk menghantar pemain beraksi di Liga Asia Barat, Liga Korea & Liga Jepun, satu pilihan yang perlu diambil serius kerana ia juga satu tiket untuk pemain kita ke Eropah. FAM boleh mengikat kerjasama dengan kelab di Korea, China, ataupun di Liga asia Barat seperti di Qatar, Arab Saudi ataupun di Australia kerana mereka beraksi di perlawanan yang lebih kompetetif termasuk Asia Champions League.

P/S: Menunggu penjelasan lanjut daripada Nazmi & ejennya

Comments
  1. mdfaizal says:

    Aku suka bila ko ada bagi contoh liga asia barat. Sbb peminat & FAM suka benar cakap “hantar pemain ke eropah (mesti kelab EPL) hehehe”

    Sedangkan eropah tu banyak negara, apa salahnya mencuba nasib di liga belgium, croatia, romania, rusia, slovakia, swiss dan banyak lagi. Agak bengang kalau asyik2 EPL, Bundesliga, La liga.

    • tq2..btul..europe tu bsar tp jgn aim ke liga2 yg dikenali sahaja..liga belanda, liga belgium, liga slovak, liga sweden pun lahirkan players yg bagus2..boleh je cuba dptkan link di sana..tp utk elakkan homesick..japan, korea, china, asia barat pun bagus jgk..ada players yg bgus2 jgk yg dibeli kelab luar dari liga asia ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s