Sembang Bola Dunia: Tamat sudah perpindahan bulan Januari, perpindahan mana mencuri tumpuan?

Posted: February 1, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yang peminat bola sepak sedia maklum, semalam telah tamat perpindahan pemain bulan Januari, di mana kita dapat lihat dan saksikan betapa sibuknya pengurus-pengurus kelab menandatangani pemain yang dikehendaki bagi menguatkan pasukan, sama ada untuk kejuaraan, untuk ada pemain bagi menggantikan pemain yang cedera atau untuk mengelakkan dari tersingkir dari zon penyingkiran. Di sini penulis menyenaraikan beberapa perpindahan yang menjadi pilihan penulis dan sama ada perpindahan ini berbaloi atau sebaliknya.

1. Mario Balotelli (Man City-AC Milan)

Perpindahan pemain kontroversi ini sebenarnya sudah dijangka ramai, cuma sama ada ia berlaku pada bulan Januari atau pada bulan Julai nanti. Nampaknya ia berlaku awal dari jangkaan, mungkin kerana kehadirannya menimbulkan imej kurang menyenangkan kepada Man City dengan kontroversi yang ada, termasuk pergaduhan dengan Roberto Mancini. Apa yang pasti, sememangnya Mario inginkan perpindahan ini kerana dia ingin menyarung jersi AC Milan, dan ramai sudah maklum perkara ini walaupun ketika itu dia baru menyertai City.

2. David Beckham (free agent-PSG)

Secara logiknya, memang mustahil untuk Beckham kembali bermain di Liga EPL, kerana bayaran gaji yang mahal serta persoalan tentang keupayaannya bermain di Liga EPL yang semakin menunjukkan aksi dan corak permainan yang pantas. Dan ini bakal menjadi eksperimen baru bagi Beckham sendiri kerana inilah kali pertama dalam kareernya dia bermain di Liga Perancis, satu destinasi yang jarang menjadi pilihan pemain terkemuka. Dari segi pasaran global, harus diakui bahawa kehadirannya bakal meningkatkan lagi populariti Liga Perancis dan kelab PSG sendiri. Diramalkan jualan jersi PSG akan semakin laris selepas ini, termasuk di Asia. Pesona bermain sekali lagi di Champions League juga antara faktor utama.

3. Wesley Sniejder (Inter Milan-Galatasaray)

Saga perpindahan ini berakhir juga apabila Sniejder memilih untuk beraksi di kelan Turki, Galatasaray. Pemain ini menurut penulis kerap kali diketepikan daripada kesebelasan utama Inter apabila ada perubahan taktikal, terutamanya dari segi formasi yang digunakan serta pemain yang sesuai dengan taktikal tersebut seperti Freddy Guarin antara punca ia berlaku. Dari segi populariti, mungkin peminat menganggap ia keputusan yang silap daripada Sniejder kerana tidak memilih ke EPL ketika ura-ura Liverpool ingin mendapatkannya namun sekali lagi, bermain di Champions League adalah idaman setiap pemain. Mungkin kerana itu dia menolak Liverpool (sekiranya ada tawaran dibuat) dan memilih Galatasaray.

4. Didier Drogba (Shanghai Shenhua-Galatasaray)

Ini satu perpindahan yang agak mengejutkan tapi dipercayai dibuat kerana rakannya Nicolas Anelka juga sudah berhijrah ke Juventus. Tawaran semula yang dibuat oleh Chelsea bagi mendapatkan Drogba ditolaknya dan memilih ke Galatasaray. Dengan kehadiran Wesley Sniejder dan pesona beraksi di Champions League, sesuatu yang sukar ditolak oleh Drogba.

5. Fernando Llorente (Atletic-Juventus)

Perpindahan ini sudah ditandatangi dan akan berjalan pada pertengahan tahun, selepas tamat musim liga Itali. Tetapi kehadirannya nanti pasti mengundang kelegaan buat jurulatih Antonio Conte kerana dapat menguatkan lagi barisan serangannya selepas adanya Quagriarella dan Vucinic. Kehebatannya tidak boleh dinafikan dan kemasukannya nanti bakal memberi opsyen tambahan kepada jentera serangan Juventus nanti.

6. Daniel Sturridge (Chelsea-Liverpool)

Harus diakui bahawa ini adalah antara perpindahan yang memberi kesan positif yang besar kepada Liverpool. Kebolehan Sturridge memang diakui cuma kekurangan aksi utama menyebabkan dia sering disishkan. Ketika ini gandingannya bersama Luiz Suarez sangan menjadi, dan pastinya Rafa Benitez menyesal selepas melepaskan pemain ini dan tidak mendapat pengganti bagi membantu jentera serangannya.

7. Demba Ba (Newcastle-Chelsea)

Ini antara perpindahan yang terbaik juga boleh dikatakan setakat ini. Kehadirannya memberi opsyen kepada Rafa Benitez sama ada untuk meletakkan Demba Ba sebagai penyerang tunggal atau digandingkan bersama Fernando Torres. Malangnya setakat ini Rafa Benitez lebih melihat kehadiran Demba Ba seperti super sub untuk menggantikan Torres atau lebih tepat lagi, untuk sekadar mempunyai pemain penyerang ekstra jika apa-apa terjadi kepada Fernando Torres, walaupun semua tahu ability Demba Ba lebih daripada apa yang telah dipamerkan setakat ini. Sekiranya ia menjadi antara perpindahan yang merugikan, ia lebih kepada salah Rafa benitez yang gagal memanfaatkan kelebihannya selaku penyerang berbisa.

8. Moussa Sissoko (Toulouse-Newcastle)

Ini sebenarnya boleh menjadi bargain of the season sekiranya Alan Pardew pandai mengeksploitasi kebolehan pemain ini. Moussa Sissoko boleh bermain di bahagian defensive midfielder dan boleh juga memberi bantuan kepada serangan dengan melakukan hantaran yang baik. Oleh itu, beban perancang yang kini dipikul oleh Yohan Cabaye semakin berkurang dan kita boleh saksikan gandingan tengah yang baik antara Cabaye-Sissoko-Ben Arfa (sekiranya pulih nanti) dan memberi opsyen kepada Pardew yang masih ada Vurnon Anita & Cheik Tiote di bahagian tengah. Dengan perpindahan sebanyak 2.2 juta, serta 1 assist di game Aston Villa v Newcastle, pastinya aksi pemain ini bakal mencuri tumpuan.

9. Christopher Samba (Anzi-QPR)

Selaku penonton liga EPL, pastinya semua sedar bahawa bahagian pertahanan adalah bahagian paling bermasalah. Kehadiran Samba adalah tepat, dengan fizikal yang kuat serta teknik pertahanan yang baik, ini adalah perpindahan yang dinantikan oleh peminat QPR. Kejayaan Tony Fernandes dan Harry Redknapp mendapatkan pemain ini adalah usaha yang wajar diberi pujian dan sekiranya mereke terselamat, pastinya ini adalah punca mengapa mereka masih berada di EPL musim hadapan.

10. Zdvarko Kusmanovic (Stuttgart-Inter Milan)

Perpindahan ini sebenarnya agak mengejutkan namun ia dipercayai adalah bagi menguatkan skuad Inter Milan di bahagian tengah selepas kehilangan Sniejder dan juga untuk memberi pilihan kepada jurulatih Andrea Stamarcionni di barisan central midfielder, selain mengurangkan beban kepada Guarin. Kehadirannya juga bakal memberi ruang untuk pemain baru Mateo Kovacic yang bermain selaku pemain tengah menyerang untuk memantapkan lagi serangan Inter Milan. Perubahan ini harus diberi perhatian serius oleh pasukan-pasukan lain di Seria A.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s