Sembang Bola Malaysia: Skuad Harimau Malaya pincang untuk kelayakan AFC, apa yang mampu dilakukan?

Posted: January 28, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , ,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yang kita semua maklum, skuad Harimau Malaya kini sedang membuat persiapan bagi kelayakan Piala Asia 2015 dan perlawanan persahabatan dengan pasukan Iraq. Namun kini heboh cerita bahawa skuad Harimau Malaya kian tempang dengan masalah kecederaan yang menimpa, dengan kebanyakannya adalah kesebelasan utama yang kerap diturunkan oleh Dato K Rajagopal pada Piala AFF Suzuki dan mana-mana aksi persahabatan. Ketiadaan Safee Sali, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Farizal Marlias dan pemain-pemain lain sekaligus menyaksikan peluang terbuka buat pemain baru dan lama seperti Amri Yahyah, Fauzi Roslan untuk mempamerkan belang mereka.

Apakah perancangan sebenar atau apakah approach yang akan dilakukan oleh jurulatih untuk kedua-dua perlawanan ini, terutamanya aksi di Doha, Qatar kerana yang pasti semua tahu level Qatar yang lebih baik daripada kita, satu fakta yang harus kita semua akui.

Penulis mencadangkan supaya formasi 4-5-1 digunapakai dalam kedua-dua perlawanan. Ini kerana barisan pertahanan kita memerlukan pemain tambahan bagi memberi extra protection untuk back four kita. Sekiranya ingin tampil defensif, maka formasi 4-5-1 itu boleh diubah kepada 4-2-3-1 dengan menggunakan 2 pemain tengah bertahan. Namun, aksi bertahan untuk tempoh masa yang lama adalah sukar kerana lebih banyak ruang untuk pemain Qatar menguasai bahagian tengah dan mudah untuk mereka berada di kawasan pertahanan kita, sesuatu yang memberi tekanan yang lebih kepada barisan pertahanan. Mungkin boleh dicuba formasi asas 4-5-1 dengan diubah kepada 4-1-1-3-1 dengan 1 pemain tengah bertahan, 1 pemain tengah khas bagi memenangi bola daripada pemain Qatar, 3 orang pemain menyerang (2 sayap 1 pemain tengah menyerang) bagi menyokong penyerang tunggal di hadapan.

Ia akan kelihatan seperti ini

Khairul Fahmi

Mahali (RB) Aidil (CB) Fadhli Shas (CB) Asra (LB)

Amar Rohidan (DMF)

Shakir Shaari(BMF)

Azamuddin (RF) Amri Yahyah (AMF) Norfarhan (LF)

Fauzi Roslan (CF)

Jadi mengikut cadangan penulis, Shakir selaku pemain yang ada ciri-ciri agresif ini sesuai untuk dijadikan ball winning midfielder dan melancarkan quick counter attack, lebih-lebih lagi dengan pace yang pantas yang dimiliki oleh pemain barisan hadapan, dengan Amri sesuai dengan role arriving late in penalty box untuknya menyambar bola muntah ataupun paling mudah ada back up finisher sekiranya fauzi terlepas peluang.

Ini adalah cadangan penulis. Diharapkan kita berjaya membuat kejutan dengan meraih satu mata berharga untuk pemangkin semangat sebelum bermain untuk aksi seterusnya, walaupun bermain dihadapan penyokong lawan serta dibarisi pemain naturalisasi seperti penggempur utama mereka Sebastien Soria. Anda pula bagaimana?

P/S: Yakin formasi 4-4-2 tetap akan digunakan jugak nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s