Sembang Bola Dunia: Pasaran Perpindahan Pemain bulan Januari tidak meriah, mengapa?

Posted: January 27, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kini sudah 27 hari dalam bulan Januari sejak pintu perpindahan bola sepak antarabangsa dibuka. Sehingga kini, tidak ada perpindahan mega berlaku dalam tempoh ini. Ada juga yang mencuri tumpuan seperti Loic Remy ke QPR walaupun dikhabarkan sebelum ini dia menyertai Newcastle dalam revolusi Perancis di sana, juga perpindahan Demba Ba daripada Newcastle ke Chelsea, Wilfred Zaha ke Manchester United serta perpindahan lain seperti Fernando Llorente ke Juventus yang akan menyertai mereka pada hujung musim.

Isu ini mungkin sudah dibincangkan namun penulis berhasrat untuk mengupas secara ringkas isu ini. Bagi penulis, adalah satu kerugian besar pagi kelab, terutamanya kelab ternama untuk berbelanja besar pada perpindahan bulan Januari ini. Ini kerana mereka selaku pemain baru perlukan masa sekurang-kurangnya 6 minggu untuk serasi bersama pemain pasukan. Dan untuk berbuat demikian di bulan Februari adalah sukar kerana dalam tempoh itu, liga sudah berlangsung. Ia juga menjadi penentu sama ada perpindahan itu sesuatu yang baik atau buruk. Ini pernah disebut oleh pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez. Perpindahan hanya akan berlaku pada bulan Januari apabila ada beberapa pemain utama mengalami kecederaan yang mungkin diketepikan bagi masa panjang dan perlu ada pemain bagi mengisi tugas itu ataupun pemain bagi menambahkan lagi pilihan dalam skuad, seperti yang dibuat Real Madrid apabila dilaporkan secara mengejut menandatangani Diego Lopez, penjaga gol Sevilla kerana Iker Casillas yang mengalami kecederaan yang bakal diketepikan lebih 2 bulan, menyebabkannya terlepas aksi Champions League menentang Manchester United dan aksi El Classico.

Sejarah juga menjadi punca mengapa tiada perpindahan mega atau perpindahan pemain ternama berlaku. Contoh paling jelas ialah Klaas Jan Huntelaar yang menyertai Real Madrid daripada Ajax pada bulan Januari dan kemudiannya dijual ke AC Milan pada bulan Jun. Hanya 5 bulan sahaja di Madrid dan terus dijual. Bayangkan berapa kerugian ditanggung Madrid apabila mempunyai pemain yang tidak perform dalam tempoh jangka masa pendek. Ini juga satu sebab kenapa tiada perpindahan mega berlaku. Contoh lain pastinya kejutan Chelsea menandatangani Fernando Torres sebanyak 50 juta pound daripada Liverpool namun masih lagi bergelut dengan prestasi. Tidak dinafikan ada pemain yang menyerlah seperti Papiss Cisse dan Nikica Jelavic yang menyerlah dengan menjaringkan banyak gol untuk pasukan.

Pastinya kini tidak ramai pasukan ingin mengambil risiko ketika ini. Kerana itu kebanyakan pasukan menandatangani pemain sebelum menyertai mereka selepas tamat saingan liga.

Comments
  1. Ash says:

    mmg tak meriah pun tp tgok newcastle, diorang boleh beli 3 pemain setakat ni dgn duit x smpai 10m..satu perkara yg team-team elite ni perlu fikirkan..dan mungkin akan berlaku transfer yg besar pada last minit transfer iaitu pada 31 jan nnti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s