Sembang Bola Malaysia: Aksi Harimau Malaya di kelayakan AFC dinanti peminat

Posted: January 26, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ini tamat sudah aksi perlawanan bola sepak di Liga Malaysia selepas berehat sebentar bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia bagi skuad Harimau Malaya. Selepas tamat aksi liga dan Piala FA (tidak termasuk perlawanan UITM v N9 & PKNS v Lions XII), penulis dapat lihat isu seperti kebangkitan pasukan gergasi, banyak perlawanan tumpuan serta saingan sengit liga serta tidak dilupakan mutu pengadilan yang menjadi isu terbesar dan hangat dibualkan. Itu semua sudah dikupas oleh penulis sebelum ini.

Kita tumpukan pula pada aksi skuad Harimau Malaya yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat kerana mereka juga akan bermain perlawanan pertama aksi kelayakan Piala Asia serta perlawanan persahabatan dengan pasukan Iraq. Beberapa perkara menarik berlaku dalam pemilihan para pemain untuk perlawanan-perlawanan tersebut apabila Datuk K Rajagopal memilih beberapa pemain senior dan muda yang dilihat menunjukkan prestasi memberangsangkan di Liga. Ia sekaligus menampakkan bahawa suara peminat dan pencinta bola sepak didengar, dengan kemasukan pemain seperti Fauzi Roslan, Hafiz Kamal, Fitri Omar, Nik Shahrul Azim dan pemain senior seperti Hairuddin Omar, Norfarhan Mohamad dan dikhabarkan Amri Yahyah juga dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Apa yang pasti, sedikit sebanyak pastinya akan menampakkan perubahan dalam corak permainan dengan jurulatih mempunyai pilihan di setiap posisi. Walaupun Safiq tidak menyertai skuad serta pemain popular iaitu Piya tidak diplih, pastinya kita semua berharap agar pemain yang dipilih mampu merencanakan taktikal di atas padang nanti.

Diharapkan walaupun mereka tidak menyerlah di aksi antarabangsa, jangan sekali dipinggirkan mereka. Kita harus faham bahawa ini kali pertama mereka beraksi di pentas antarabangsa. Seharusnya perlu ada banyak perlawanan persahabatan daripada pasukan ranking rendah seperti Bangladesh sehingga pasukan yang mempunyai ranking lebih baik seperti Jordan dan China bagi meningkatkan mutu permainan mereka. Eksperimen tidak salah, tetapi jangan hanya eksperimen dari segi line up sahaja. Eksperimen juga perlu tertumpu kepada aspek taktikal, cara bertahan, cara menyerang, cara membuat hantaran tepat, bagaimana untuk bertahan selaku satu pasukan dan sebagainya.

P/S: Hairan juga kenapa tidak dipanggil Nazmi & Fakri? Masih ada lagi beberapa pemain senior & muda yang layak untuk dipanggil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s