Sembang Bola Malaysia: Mutu Pengadilan mengecewakan?

Posted: January 24, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada kali ini, penulis ingin mengulas sedikit mengenai isu mutu pengadilan di Liga Super yang kini hangat diperkatakan. Semuanya bermula apabila pegawai SPRM menyiasat pengadil perlawanan antara Kelantan v Darul Takzim di Kota Bharu, atas isu mutu pengadilan yang dilihat seperti tidak bermutu, lebih-lebih lagi bagi perlawanan seperti itu. Kemudian, ia seperti melarat apabila sindrom ini juga berlaku ketika perlawanan antara Selangor v Pahang & Perak v Selangor dan mungkin juga kepada perlawanan-perlawanan lain.

Dalam hal ini, penulis tidak begitu arif mengenai aturan FAM untuk hal-hal pengadilan ini. Dari segi pandangan lain pula, bagi penulis tidak salah untuk pihak SPRM membuat ‘serangan’ mengejut kepada pengadil sekiranya ada unsur-unsur mutu pengadilan yang boleh dipersoalkan, kerana ia juga antara langkah pertama untuk membendung gejala bookie, dan tidak mustahil ia juga mungkin bermula daripada pengadil dengan mempamerkan mutu pengadilan yang boleh dipersoalkan. Lagipun, sekiranya ada isu menjual perlawanan sama ada melibatkan pengadil dan pemain, isu ini akan diajukan kepada PDRM dan SPRM juga.

Dari segi mutu pengadilan perlawanan lain, penulis bersetuju bahawa mutu pengadilan yang mengecewakan dan keputusan yang boleh dipersoalkan dibuat oleh pengadil. Mungkin di mata yang berada dipadang mempunyai pandangan yang berbeza daripada yang menonton di stadium, di televisyen atau yang menonton apabila gerak perlahan ditayangkan. Yang pastinya, mutu pengadilan harus diperbaiki dengan segera bagi menunjukkan bahawa mutu pengadilan juga bermutu seperti mana kualiti yang makin meningkat dipamerkan oleh pasukan di Liga Super. Keputusan seperti gol offside yang sebenarnya tidak offside, kedudukan pemain di posisi offside, kekasaran yang wajar dikenakan kad dan juga pandai menangani perlawanan tumpuan antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pengadil. Seharusnya juga FAM bukan sahaja melantik seberapa ramai pengadil, tetapi memastikan juga mereka adalah pengadil yang berkualiti. Sekiranya mereka didapati ada aduan ke atas mereka, sila ambil kira dan buat siasatan terperinci. Janganlah terlalu membela mereka dan perlu berani mengambil tindakan tegas. Di EPL, dalam kes seperti ini, pengadil itu akan dikenakan tindakan semasa siasatan dijalankan dan bukannya dibuang terus, sama ada digantung beberapa perlawanan ataupun mengadili perlawanan liga bawahan. FAM harus lakukan sesuatu dengan segera, kerana anda satu-satunya badan bola sepak dengan autoriti tinggi di Malaysia.

P/S: FAM: Jangan takut untuk melakukan perubahan, walaupun perubahan itu berlainan dengan adat & bola sepak tempatan, asalkan membawa kebaikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s