Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ini aksi Liga Malaysia diteruskan lagi sebelum berehat bagi memberi laluan kepada pasukan Harimau Malaya untuk aksi persahabatan pada hujung bulan ini. Pastinya masih lagi disebut-sebut aksi panas di Kota Bharu antara Kelantan & Darul Takzim FC. Isu kontroversi penyokong dan kehadiran komando masih lagi menjadi perbualan dan pertikaian sehingga hari ini, namun penulis enggan mengulas lanjut isu ini dan biarlah ia diselesaikan antara KAFA & PBNJ sendiri. Pastinya isu itu akan reda dengan sendirinya nanti.

Minggu ini banyak perlawanan tumpuan, antaranya Kelantan v Darul Takzim FC, Lions XII v Terengganu, Selangor v Pahang dan ATM v Darul Takzim FC. Aksi di Kota Bharu sebenarnya menunjukkan bahawa saingan Liga Super sebenarnya sengit dengan kehadiran pasukan seperti Darul Takzim FC, ATM, Pahang yang memberikan aksi yang menakjubkan. Pastinya sukar bagi Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super. Mungkin ramai yang sedar bahawa ia lebih kepada battle siapa lebih baik. Safiq Rahim ataupun Piya, battle of survival ke atas Norshahrul melawan pasukan lamanya, battle of goalkeepers juga kerana Khairul Fahmi & Zamir Selamat mempamerkan aksi yang mantap pada malam itu serta battle gandingan manakah yang berkesan, sama ada Safee-Norshahrul-Safiq mahupun Piya-Indra dan Norfarhan. Aksi daripada Daniel Guiza juga tidak boleh diketepikan dengan gol bertaraf antarabangsa dipamerkan malam itu. Battle-battle tersebut penulis yakin penyokong serta peminat sudah ada jawapannya tetapi penulis merasakan bahawa Safiq tidak mempamer aksi yang diharapkan kerana battle di kawasan tengah dimenangi oleh Kelantan kerana Piya dilihat lebih agresif, cuma kualiti hantaran yang cemerlang seperti season lepas tidak berlaku dengan konsisten. Jaringan Norfarhan itu satu jaringan yang berkualiti dan dengan aksi konsistennya, memang layak untuk dipanggil oleh coach Dato K Rajagopal. Penulis juga merasakan bahawa Zamir Selamat juga layak untuk dipanggil jika kerap mempamerkan aksi seperti di Kota Bharu. Yang pastinya Darul Takzim FC masih lagi belum 100% serasi kerana barisan pertahanan yang tidak berkomunikasi walaupun ada pemain kebangsaan seperti Aidil, Muslim dan Azmi Muslim. Kelemahan ketara juga di bahagian tengah kerana seperti tiada jeneral yang berkesan menggerakkan bahagian itu. Mungkin boleh dicuba Aidil bermain sebagai Defensive Midfielder selepas ini?

Minggu ini juga menyaksikan kekalahan pertama Lions XII ke atas PKNS FC. Sesuatu yang menarik adalah Lions XII tidak pernah berjaya menewaskan PKNS FC di gelanggan lawan. Mereka juga tewas ke atas PKNS FC di gelanggang lawan. Ertinya mereka adalah pasukan yang boleh ditewaskan dan penulis yakin ia juga membakar semangat pasukan lain untuk membenam Lions XII apabila bertandang di Malaysia.

Tidak dilupakan juga aksi di Shah Alam yang menyaksikan Selangor menjadi pasukan pertama menewaskan Pahang 3-2 dengan aksi yang menarik. Harus diakui bahawa kualiti padang yang agak mengecewakan menjadi punca hantaran kemas tidak berlaku seperti yang diharapkan kedua-dua pasukan. Namun keberanian coach Dollah Salleh bermain dengan 100% anak tempatan harus diberi pujian kerana mereka mempamerkan aksi dan mutu persembahan yang bertenaga. Mereka bermain dengan hantaran pendek yang tepat serta para pemain sentiasa roaming from position, sesuatu yang tidak semua pasukan di Liga Malaysia lakukan. Ini kerana dengan melakukan sedemikian, pertahanan lawan tidak boleh mengagak kepada siapa hantaran itu dibuat. Pujian juga harus diberikan kepada Dollah Salleh kerana berani menukar posisi Amirulhadi kepada playmaker, lebih kepada deep lying playmaker kerana kreativiti yang ada padanya. Seharusnya dia juga dipertimbangkan untuk dipanggil kembali kepada skuad kebangsaan. Ia memerlukan kesefahaman yang tinggi untuk bermain seperti itu dan tidak keterlaluan jika penulis labelkan mereka sebagai pasukan Arsenal Malaysia dengan corak permainan dan kesefahaman yang ditunjukkan. Cuma harus dipertingkatkan lagi adalah barisan pertahanan yang lambat panas kerana kerap kali mereka dibolosi pada awal permainan, terutamanya pada awal 30 minit yang pertama. Selepas itu, mereka mula bijak bermain offside dengan meninggikan defensive line mereka. Selangor pula cuba bermain hantaran pendek dan ia menjadi cuma kelekaan mereka memperlahankan rentak memberi ruang bagi Pahang menyerang. Mereka juga kaku ketika bola set pieces, serta mereka tidak roaming from position dengan kerap. Oleh itu mereka juga tidak press pertahanan lawan dengan kerap dan akibatnya memberi ruang untuk Pahang membuat serangan.

Aksi lain, Perak akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama mereka daripada pemain mereka sendiri dan Negeri Sembilan masih lagi berputih mata. Belum ada lagi jurulatih yang dipecat ketika ini, tidak seperti season lepas. Diharapkan persatuan memberi peluang kepada coach Negeri Sembilan bagi meneruskan kerjanya membina pasukan Negeri Sembilan kerana mereka memerlukan masa untuk memahami taktikal dan perancangan jurulatih. Kemenangan tidak datang dengan sekelip mata.

Isu bookie juga kembali berlaku. Walaupun ia terjadi di Liga Perdana, ia menunjukkan bahawa perkara ini masih berlaku. Penulis lihat bookie ini cuba mengambil kesempatan ke atas fenomena liga Malaysia yang semakin berkembang naik dengan cuba merosakkan kembali liga dengan wang ringgit. Satu tindakan segera dan konsisten perlu diambil kerana tidak mustahil ia merebak dengan cepat kerana sukar diagak ke mana gejala ini akan terus menyerang pemain kita. FA pasukan perlu menyiasat dengan segera jika ada sindrom-sindrom ini berlaku kerana dari situ, ia boleh dicegah sebelum terlambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s