Sembang Bola Malaysia: Kejutan pasukan Pahang; Juara bertahan dan pasukan bintang bergelut

Posted: January 13, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , , , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu ini akhirnya kita dapat saksikan saat yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air apabila Liga Super dan Liga Perdana kita bermula. Penulis merasa bangga dengan semangat para penyokong setiap pasukan yang tidak jemu memenuhi stadium bagi menyaksikan perlawanan pasukan mereka, walaupun ada yang bermain di waktu petang.

Perlawanan tumpuan minggu ini pastinya tertumpu kepada perlawanan antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang mana Pahang bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk memenangi perlawanan itu dengan jaringan 3-2. Satu perkembangan yang menarik kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan dengan melawan pasukan yang dibarisi bintang seperti Daniel Guiza, Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha namun kebangkitan anak-anak muda Pahang iaitu Gopinath, Fauzi serta dibantu oleh Amirulhadi mempamer aksi yang cemerlang dengan hantaran through pass yang tepat dan mudah dan gagal dibaca lawan. Pastinya elemen kesefahaman di dalam pasukan Pahang begitu tinggi menyebabkan mereka boleh bermain dengan cantik dan menang. Ia juga satu elemen yang gagal atau belum tercipta dalam pasukan Johor Darul Takzim ini.

Persembahan pasukan lain juga diberi tumpuan. Kelantan selaku juara bertahan tewas di tangan pasukan T-Team yang penulis pernah ramalkan sebelum ini memainkan peranan sebagai pasukan pengacau kerana akan tampil hebat menentang pasukan gergasi. Kelantan juga bergelut untuk memenangi perlawanan pertama menentang PKNS akibat kehilangan pemain secara mendadak dan masih belum boleh mengadaptasi taktikal coach Bojan Hodak. Pasukan Selangor dan ATM juga masing-masing bergelut dengan permulaan liga, apabila masing-masing tewas di tangan Lions XII. Mungkinkah mereka ini pasukan yang lambat panas? Kita tunggu dan lihat.

Tidak dinafikan juga persembahan bertenaga di Liga Perdana apabila pasukan PDRM, Sabah, Sime Darby, Johor, Kedah dan Sarawak bermula cemerlang. Jangan pula dinafikan pasukan dark horse dalam liga Perdana ini iaitu SPA Putrajaya dan Pos Malaysia yang boleh merencatkan perjalanan pasukan tumpuan dalam Liga Perdana.

Ulasan untuk Lions XII? Masih terlalu awal untuk mereka bergembira kerana mereka juga memasukkan beberapa muka baru sebagai pendedahan untuk Sukan Sea 2013. Peminat pastinya menunggu aksi mereka menentang Pahang, Kelantan, JDT dan T-Team. Namun, dalam kesemua aksi mereka, pastinya peminat tanah air mahukan mereka tewas. Dan situasi inilah yang menghangatkan lagi Liga Bola Sepak Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s