Preview Piala Sumbangsih 2013; ATM v Kelantan

Posted: January 5, 2013 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Pada minggu ini, akhirnya bola sepak kita akan berseri semula. Pada malam ini jam 8.45 malam bakal bermula musim baru bagi Liga Malaysia apabila ATM menentang Kelantan bagi merebut Piala Sumbangsih.

Penulis yakin semua sedia maklum dengan kedua-dua pasukan ini yang telah berentap di perlawanan akhir Piala Malaysia 2012, dengan Kelantan menewaskan ATM 3-2. Satu perlawanan yang menghiburkan dengan gol Indra Putra adalah antara gol tercantik pernah dihasilkan di Liga Malaysia.

Kini tiba masanya bagi kedua-dua pasukan berentap semula, mungkin bagi ATM untuk menebus kembali kekecewaan di final Piala Malaysia dengan azam ingin menumbangkan Kelantan dan memenangi trofi supaya menjadi pemangkin dan semangat untuk berjuang pada musim ini di Liga Super. Ataupun Kelantan akan tampil bertenaga dengan misi memenangi 4 trofi, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di Malaysia.

Yang pasti, walaupun persiapan mereka di perlawanan persahabatan tidak mencatatkan kemenangan untuk keseluruhan perlawanan, yang pentingnya pemain-pemain kini telah bersedia bagi mempamer aksi bertenaga ketika diperlukan. Diharapkan juga kedua-dua pasukan terus konsisten sehingga ke akhir musim.

ATM dan Kelantan telah sama-sama memperbaiki pasukan masing-masing, dengan ATM kehilangan kembar Zaquan dan Zafuan, Azmi Muslim dan menambah tonggak pengalaman seperti Shukor Adan sambil terus meletakkan harapan kepada Marlon Alex James untuk menjaringkan gol. Bagi Kelantan pula, ketiadaan Mohammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi kerana berpindah ke Felda United, Darul Takzim FC serta cuti kahwin sedikit sebanyak mengubah pasukan, terutamanya rentak permainan. Kehadiran Keita Mandjou serta Haris Safuan, K Nanthakumar dan Zairo diharap mampu memberi tenaga baru bagi pasukan. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana kombinasi selepas ini diantara Piya-Norfarhan-Indra dan Keita, mampukah magis musim lepas diulangi malam esok?

Penulis hanya mengharapkan supaya aksi Piala Sumbangsih ini mampu menjadi penanda aras kepada pasukan-pasukan lain bagi mempamerkan aksi yang berkualiti kepada penonton bagi membuktikan bahawa Liga Malaysia ada nilainya, dan menunjukkan perkembangan positif, terutamanya dari segi taktikal, apatah lagi selepas kesemua pasukan sibuk membeli pemain yang terbaik untuk pasukan masing-masing.

Ramalan Penulis: ATM 2-1 Kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s