Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam tahun baru 2013 untuk semua pembaca. Terima kasih kerana mengikuti blog saya, membaca dan memberi komen-komen anda di blog ini. Semua komen itu saya ambil secara positif dengan satu tujuan dan satu maksud, kerana kita semua sayangkan bola sepak kita.

Dalam tahun 2013 ini akan ada beberapa kejutan yang tidak dijangka akan berlaku, dan beberapa penilaian yang boleh kita selaku peminat nilaikan. Sama ada berjaya atau tidak kita mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea, sama ada Harimau Malaya kembali mempamer aksi mengaum dan kejutan lain dalam Liga Malaysia. Disini penulis sebutkan beberapa harapan penulis yang ingin disaksikan sepanjang kalendar bola sepak kita tahun 2013.

1. Bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan yang ranking lebih tinggi dan mendapat keputusan positif.

Walaupun ranking pasukan kita naik selepas tersingkir daripada Piala AFF Suzuki 2012, ia tidak bermakna itu satu kerja yang bagus or well done job. Ia memberi satu tanda aras lagi selepas ini untuk meningkatkan lagi ranking bola sepak kita. FAM mahupun coach ada pendapat berbeza tentang ranking ini yang mungkin tidak penting bagi mereka, tetapi jangan dilupakan bahawa dengan ranking juga lah menjadi daya penarik sama ada berjaya atau tidak kita mendapat aksi perlawanan persahabatan dengan pasukan yang bermutu atau rankingnya lebih baik daripada kita. Penulis sudah tekankan isu ini tahun lepas dan sekali lagi menegaskan bahawa ranking tetap penting. Dengan itu, kita boleh mendapat pasukan bermutu dan juga boleh menguji skuad kita, terutamanya dari segi taktikal yang dilihat masih lagi lemah dalam aspek ini. Dan ini juga satu modal yang baik untuk Dato K Rajagopal bereksperimen

2. Pemilihan pemain-pemain ke skuad kebangsaan berdasarkan prestasi semasa, bukannya atas nilai superstar.

Ini juga antara isu yang hangat diperkatakan. Kenapa Piya, Indra, Norfarhan, Nazmi Faiz tidak dipanggil untuk skuad kebangsaan? Kenapa pilih pemain yang bermain untuk pasukan yang tersingkir di liga perdana? Kenapa takut untuk drop superstar on bench? Itu antara persoalan peminat yang penulis percaya masih berlegar dalam minda mereka. Solusinya mudah. Lihat sahaja persembahan keseluruhan pemain yang ada, minta nasihat dan pandangan daripada jurulatih pasukan sebelum menyenaraikan pemain-pemain itu. Dari situ boleh kita lihat sejauh mana ketelusan pemain-pemain ini dipilih.

3. Masa untuk eksperimen, tetapi gunakanlah sebaiknya.

Apabila KPI Dato K Rajagopal adalah untuk Malaysia layak ke Piala Asia 2015, maka ia adalah lesen untuknya bereksperimen dengan lebih ramai pemain lagi. Apa kata panggil sahaja pemain-pemain yang ingin dipanggil, pilih berdasarkan prestasi semasa dan uji mereka di perlawanan persahabatan antarabangsa, bukannya dengan pasukan negeri. Ini kerana dari situ kita boleh lihat siapa pemain yang bersedia untuk tugasan antarabangsa, siapa yang ada potensi untuk menonjol dan siapa yang sebenarnya berstatus penumpang dalam skuad. Penulis juga menggesa Dato K Rajagopal untuk memanggil atau paling tidak untuk membuat ekstra home work ke atas pemain-pemain Malaysia yang berkelana di luar negara dan panggil mereka untuk call up. Paling tidak berikan mereka peluang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

4. Tiada lagi keputusan aneh daripada FAM

Ini juga antara rencah yang kerap kali timbul dalam Liga Malaysia. Pelbagai isu boleh timbul, sama ada kalendar perlawanan diubah, jadual permainan yang dirangka dirombak, jurulatih digantung atas isu-isu yang remeh, persatuan didenda dan sebagainya. FAM ada hak untuk melaksanakan semua itu, namun haruslah membuat keputusan tanpa terburu-buru, membuat keputusan secara telus namun menguntungkan semua pihak.

5. Kejayaan Harimau Muda

Kejayaan bagi penulis besar penerangannya. Mungkin dari segi persembahan, mungkin dari segi kejuaraan ataupun juga dari segi kejayaan pemain dilamar kelab luar negara. Semua itu pernah terjadi tahun lepas di mana Nazmi Faiz dilamar kelab Beira Mar, Rozaimi cuba dipikat kelab Bero Sasana, kejayaan menjulang Piala Newspaper buat julung kalinya di tempat lawan dan persembahan membanggakan di Liga S. Semua itu menunjukkan bahawa skuad ini mempunyai potensi dan harapan yang cerah. Diharapkan tahun 2013 meninggalkan satu lagi penanda positif dalam kareer pemain-pemain serta jurulatih Ong Kim Swee.

P/S: Juga ingin lihat saingan sengit dalam Liga Super dan Liga Premier

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s