Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kali ini penulis ingin membuat sedikit review untuk liga Malaysia 2013 yang akan bermula tidak lama lagi. Setakat ini penuh cerita mengenai persiapan pasukan yang rancak dengan mengadakan perlawanan persahabatan, pendaftaran pemain, terutamanya pemain-pemain import. Penulis berasa teruja untuk menyaksikan liga Malaysia season 2013 dengan membuat review untuk menghangatkan lagi suasana bola sepak kita.

1) Kemasukan pemain-pemain import ternama dunia

Liga Malaysia diserikan dengan keberanian pasukan-pasukan kita menandatangani pemain-pemain import yang dikenali ramai, seperti Daniel Guiza, George Boateng yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan Belanda serta pemain import ternama di liga antarabangsa seperti Caleb Folan, Dmitri Petratos serta Simone Del Nero. Pasukan Johor Darul Takzim FC memulakan revolusi ini seperti yang dibuat oleh Roman Abramovich selepas membeli pasukan Chelsea dan menjadi ikutan sehingga kini. Tidak mustahil senario ini akan mula berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kehadiran mereka ini menyebabkan lebih ramai pengikut baru liga Malaysia, khususnya luar negara yang pastinya akan mencari dan mungkin menjumpai sebab mengapa pemain-pemain ini memilih untuk beraksi di liga Malaysia.

2. Aksi taktikal yang lebih bermutu

Harus diakui bahawa kehadiran pemain-pemain ternama ini bakal menjadi punca utama stadium mereka akan dipenuhi peminat. Apatah lagi jika pasukan itu bermain cantik dan ada daya penarik dalam permainan mereka. Satu faktor yang perlu diperhalusi oleh pasukan-pasukan lain. Namun jangan sekali diabaikan soal taktikal dalam permainan kerana dari situ nilai dan tahap liga kita diperhati sama ada jelas kelihatan atau tidak perkembangan liga kita. Mudah ceritanya, kalau ada pemain star tapi tak perform, tak guna jugak, betul tak?

3. Saingan sengit kepada Lions XII

Bukan untuk mencemburui pasukan Lions XII tetapi harus diakui bahawa hanya Kelantan, Selangor, ATM dan Terengganu yang berjaya mendapat keputusan-keputusan positif menentang pasukan ini. Lions XII adalah sebuah pasukan yang bagus, terutamanya dari segi taktikal, dan dibantu juga oleh persembahan taktikal kurang bermutu daripada pasukan lain yang membolehkan Lions XII mendapat kemenangan di tempat lawan. Perlawanan menentang mereka adalah dinantikan semua kerana permusuhan serantau. Ia baik untuk liga kita kerana ia menjadikan liga ini ada sebab kuat untuk ditonton namun diharapkan lebih banyak lagi pasukan mampu menumbangkan mereka bagi membuktikan bahawa liga kita sentiasa meningkat dari segi tahap bola sepak dan bukan sahaja dari segi tontonan.

4. Kejutan

Kadang kala liga kita seperti boleh diagak siapa yang berada di atas dan siapa yang akan berada di bawah. Cuma yang berbeza adalah sejauh mana konsistensi pasukan-pasukan dalam memberi saingan. Diharapkan selepas ini pasukan-pasukan yang bertanding dapat memberi aksi yang konsisten, kalau tidak 100 %, 80% sudah cukup kerana jangan lupa sokongan peminat yang datang ke stadium menyokong pastinya hampa jika kerap kali mendapat keputusan kurang meyakinkan. Ambillah contoh Liga Perdana Inggeris yang semakin sukar diramal kerana pasukan di tangga bawahan juga mampu mengejutkan pasukan gergasi. Contohilah semangat itu.

Ramalan Penulis untuk season ini:

1) Juara Liga Super: Kelantan
2) Juara Piala Sumbangsih: Kelantan
3) Juara Piala FA: Selangor
4) Juara Piala Malaysia: Johor Darul Takzim FC
5) Juara Liga Premier: Sime Darby
Top 3 Liga Super: Kelantan, Johor Darul Takzim, T-Team
Top 2 Liga Premier: Sime Darby dan Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s