Tewas di Piala AFF Suzuki 2012; Bangkitlah untuk layak ke Piala Asia!!

Posted: December 22, 2012 in Sembang-Sembang pasal bola sepak
Tags: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya setelah beberapa lama tidak menulis kerana sibuk, ada juga masa untuk update artikel di blog ini. Semua tahu dan masih hangat diperkatakan Malaysia telah tersingkir dari Piala AFF 2012. Sibuk kini diperkatakan supaya Dato K Rajagopal perlu letak jawatan dan ambil pemain-pemain lain yang lebih memberi impak dan gugurkan beberapa nama yang tidak perlu.

Senarai pemain yang terpilih untuk bermain di kelayakan Piala Asia telah pun dikeluarkan dan nama seperti Badri Radzri dan Subramaniam kembali tersenarai. Pastinya ia memberi kelegaan kepada peminat, apatah lagi mereka adalah antara yang menyerlah di kejohanan Liga Super dan Piala Malaysia.

Namun, penulis ingin simpulkan kepada beberapa point penting untuk kita bangkit dan layak ke Piala Asia 2015.

1. Perubahan dari segi corak taktikal.

Ini adalah isu yang sering dibangkitkan. Hatta Menteri Belia dan Sukan juga mengkritik taktikal kita yang terlalu gemar bermain long ball walhal pasukan lain sudah mengubah corak permainan mereka. Secara jujurnya kita bermain seperti tiada arah, tiada paten, tiada corak dengan bola akan terus dihantar ke atas dari barisan bawah dan selepas itu pandai-pandailah pemain di hadapan nak buat apa dengan bola itu, dan seperti skrip, sudah boleh diagak, akan menuju ke byline dan cross. Bermain terlalu mudah sehingga lawan sudah boleh agak apa yang akan dilakukan.

Pemain seperti Kunalan adalah bagus kerana larian kencangnya namun seolah2 dia diarahkan untuk mengerah kudratnya tanpa menggunakan skill dan berfikir untuk memecahkan barisan pertahanan. Bagi saya, dengan agility yang tinggi, dia boleh mengubah permainan dengan membuat gerakan merbahaya dengan speed yang ada padanya. Bagi saya Kunalan adalah contoh pembaziran secara taktikal oleh coach.

Dari segi hantaran, seolah-olah hanya Safiq Rahim sahaja punca serangan, dengan Mat Yo atau Safee membuka ruang. Sekiranya kedua-dua penyerang dikepung, Safiq sudah hilang punca dan mula hantar bola ke belakang. Ini jelas bahawa taktikal dari segi ini perlu diubah dengan rakan2 lain membuat larian ke hadapan sebelum hantaran dibuat, dan bukannya selepas hantaran dibuat.

Namun, penulis memuji hard work yang dipamerkan di barisan pertahanan, cuma masih lagi ada kesilapan berlaku akibatnya kurang berkomunikasi antara pemain di bawah serta penjaga gol.

2.Bermain dengan tanpa tekanan.

Penulis melihat bahawa ketika perlawanan menentang Singapura, mereka bermain dengan tekanan dan ia dibawa sebelum mereka masuk ke padang lagi. Ia manjadi sukar apabila Singapura menjaringkan dua gol di separuh masa pertama. Akibatnya kita tewas kerana sudah ada mental block sebelum bermain.

Satu isu yang perlu diubah dengan segera.

FAM telah memberi peluang kedua buat Dato K Rajagopal untuk mengemudi skuad Harimau Malaya. Kami selaku peminat inginkan KPI beliau tercapai atau dia perlu disingkir.

Sekian.

Comments
  1. NadyaBubble says:

    Selamanya Harimau Malaya. Keep it up !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s